Assalamualaikum!
Hari nie Cikgu Tie terbaca berita tentang perasaan tidak puas hati di kalangan guru yang mendakwa gagal menyertai Program Pensiswazahan Guru (PPG) di akhbar Berita Harian .
Beberapa orang guru yang memohon program mengikuti sesi pengajian Mac 2011 mendakwa berlaku amalan berat sebelah sehingga permohonan ditolak.
Seorang guru dari Perak, berkata dia sudah tiga kali mengemukakan permohonan mengikuti PPG tetapi sehingga kini permohonannya ditolak biarpun mencapai purata SKT melebihi 80 peratus.
Masing-masing menggesa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telus dalam pemilihan calon sekali gus mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.
Masing-masing menggesa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telus dalam pemilihan calon sekali gus mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.
Entahlah.....
Pada pendapat Cikgu Tie mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan permohonan mereka ditolak.Guru tersebut harus menyelidiki terlebih dahulu sebab-sebab dan mengapa permohonannya ditolak walau sudah memohon sebanyak 3 kali.Mungkin tidak dapat memenuhi syarat yang telah ditetapkan terutamanya sokongan daripada guru besar sekolah tersebut.....Kadang-kadang kita kata kita hebat tapi ada orang lain yang lebih hebat daripada kita.Atau mungkin juga belum menjadi rezeki kita.
Nasihat Cikgu Tie.....Bersabarlah dan jangan mudah berputus asa.Cubalah untuk memohon lagi nanti kerana selepas ni mungkin menjadi rezeki kita pulak.Siapa tahu kannn?
P/S***Alhamdulillah,dengan izin Allah semua 11 orang guru yang memohon
di sekolah Cikgu Tie berjaya mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG).
Mungkin berkat kesabaran dan semangat tidak mudah berputus asa guru-guru tersebut yang ada di antaranya
yang memohon sebanyak 2 kali dan ada juga yang 3 kali.
Sokongan penuh daripada guru besar juga banyak membantu
guru-guru yang memohon.Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada
Datin Hj Rusna
yang merupakan guru besar
yang banyak memberi sokongan dan kata semangat demi
untuk melihat kejayaan guru-guru di bawah naungannya berjuang
untuk neningkatkan taraf pendidikan masing-masing ke MENARA GADING..
Syukur sangat-sangat.
16 sudi komen N3 Cikgu Tie:
SAYA PERNAH JADI CIKGU SANDARAN DI 3 BUAH SEKOLAH.. MEMANG ADA GURU2 DENGAN PENTADBIR YANG TAK NGAM.. MACAM2 AR..
HHmmmm...mmg susah nak puaskan hati semua pihak...akak sebelum belajar ni, 4 kali memohon..kdg2 rasa marah, bila ada orang memohon sekali je, dah lulus...ni kira bab rezeki juga...Allah belum nak bagi...
rezeki rezeki jugak! ape yang penting kalo layak kene caghi kabel gak..... dunia dunia......
rezeki semua Tuhan dah tentukan..kita hanya berusaha dan bertawakal kepadaNya..
emm...kroni oh kroni...
kesian pada guru2 yg tak berjaya tu
mesti ada yg patah semangat lepas ni...
nak plak kalo syarat2 dah di patuhi sepenuhnya...
adakah masih ada kronism???
cikgu2 yang tak berjaya tu jangan ler putus asa, cuba lagi.. usaha cam mana pun, kalau Allah kata belum rezeki belum lagi la tuh.. kena banyak sabor dan redha.. yang penting kerja kena ikhlas..
aku 6 kali mohon.kali ke7 baru dpt.skt over 90%.guru besar sokong.tp x tau nape x dpt2.yg penting jgn berputus asa.kuasa Allah semua tu.takat mohon 2,3kali x dpt nk masuk paper.hello..dlm hidup ni,nk nyalahkan org lain mmg mudah.susah la kalo x dpt je ckp x adil.kalo dpt,reti ke nk bersyukur.ingt pun x
fairus...
memang pun,bukan sekolah saja...mana-mana jabatan pun macam tu la kannn!
Cikgu Nurin....
Betul tu,kalau ada rezeki tu ada la kannn!
Ajmahal...
ya ker....11 org guru yang berjaya ditawarkan kat sekolah Cikgu Tie,tak ada pulak yang pakai kabel.Mungkin dah rezeki kot.
Prince....
setuju sangat2 dgn prince.
Huraizah.....
Pakai kroni kalau cukup syarat okey jugak la,yang tak tahan tu kalau tak cukup syarat dapat kerana ada kroni.Cikgu tie memang tak boleh terima kalau berlaku situasi yang macam nie.
miloais....
Buat apa nak putus asa.Cuba lagi....tiba masa ada la rezekinya.
Aanas....
sutuju dgn Aanas....keikhlasan tu penting.
ton....
mu memang hebat,betul-betul semangat nie.kalaulah semua org berfikir macam mu!!!???
Post a Comment