Layan Sebentar

Followers

Saturday, January 24, 2015

Jangan menangis sayang!


Assalamualaikum.....
Rasanya lama betul Cikgu Tie tak update blog. Dah bersawang agaknya, hehehe....
Buat pertama kali adakan N3 untuk tahun 2015. N3 istimewa buat Aisyah yang merupakan anak kedua Cikgu Tie. Alhamdulilah...kini Aisyah mula menjejak kaki ke alam sekolah menengah. Cepat sungguh masa berlalu...sewaktu hantar Aisyah ke asrama...teringat pulak kenangan Cikgu Tie di asrama dulu2. 
Hmmm......harap Aisyah tabah dan cekal menempuh alam baru yang semakin 
mencabar dan penuh dengan dugaan. 
Sesungguhnya hidup tidak semudah yang disangkakan........

P/S***Semoga kakak berjaya dan menjadi sebutir permata yang sentiasa bersinar 
terutamanya di mata dan hati ibu dan abah. 
Percayalah...ibu, abah, abang dan adik2 sangat sayangkan kakak.

Wajah Tangisan Bermaknamu  Yang Pasti Hanya
Kita Berdua Saja Yang Tahu...
“Jangan menoleh ke belakang lagi sayang….teruskan perjuanganmu. Bukan kakak saja terpaksa tinggalkan keluarga…kawan-kawan seperjuangan kakak juga begitu. Itulah kehidupan yang sebenar untuk kakak menjadi orang berguna di masa depan. Ibu akan selalu mendoakan kejayaan kakak. Percayalah….Ibu menghantar kakak ke asrama bukan kerana ibu tak sayang kakak. Sabarlah sayang….mungkin masa dan waktu yang dapat mengubati rasa rindu ini kerana lama-kelamaan kakak terbiasa dengan kehidupan di sana tanpa ibu dan ibu harap ibu juga begitu.”

P/S***Untuk pengetahuan kakak...ayat inilah juga ibu tuliskan untuk abang ketika pertama kali ke asrama dulu.****

KENANGAN KAKAK BERSAMA RAKAN-RAKAN KAKAK
 SEMASA DI SKJP 2014





 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci