Layan Sebentar

Followers

Saturday, January 8, 2011

RESEPI KOKTAIL KASTAD BUAH-BUAHAN BERKUAH CIKGU TIE

As salam!
Sempena menyambut hari lahir Putera Cikgu Tie yang sulung baru-baru nie...Cikgu Tie ada membuat Koktail Kastad Buah-buahan Berkuah.Bukannya apa....mudah dibuat,sedap dimakan.

Cikgu Tie sekeluarga memang suka sangat dengan KKBB nie....sedap tau!
Semasa duk menikmati KKBB....teringat pulak nak share dengan rakan pembaca blog Cikgu Tie....

Kalau nak tahu betapa enaknya rasa KKBB nie.....bolehlah cuba resepi yang Cikgu Tie berikan ni yer!

Cubalah, makan sekali mesti nak lagi........!




KOKTAIL KASTAD BUAH-BUAHAN BERKUAH
 CIKGU TIE

Bahan A
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
1 cawan gula/secukup rasa

Cara Membuatnya
1. Campurkan semua bahan  dan masak di atas api yang sederhana.
2. Kacau sehingga masak(><15 minit)
3. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk.
4. Potong kastad menjadi bentuk kiub.



Bahan B
1 tin fruit cocktail bersirap
1 tin buah laici
1 mangkuk jeli buah-buahan de nata [mangga atau laici]
1 tin susu cair
ketulan ais secukupnya


Cara Menghidangnya
1. Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk hidang yang besar.
2. masukkan pula kastad  berbentuk kiub yang telah disediakan.
3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan sejuk.

SELAMAT MENCUBA !




6 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Unknown said...

Pandai cikgu tie buat.... hantar la sikit, tringin nak makan hasil tangan cikgu tie..... nanti meleleh plak air liur...

Cikgu Tie said...

Insyaallah ada masa nanti cikgu tie buat dan hantar yerr!

zaty luvlianncez said...

aip cikgu tie!

wahhh nk try t resipi nie..

borink ea ngn AJL?

ada entry bwu.. nk dgr komen cikgu. meh melawat skali g ea.. :)

Cikgu Tie said...

Trylah zaty...sedap tau!
Nanti cikgu tie p komen yer...

Ati Masrif said...

emm..terasa sampai ke tekak
nanti nak cubalah ^_^
kalau guna fresh milk boleh tak?

Cikgu Tie said...

Boleh jugak,tapi guna susu cair dlm tin tu sedap lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci