Layan Sebentar

Followers

Saturday, November 3, 2012

RESEPI PUDING LAICI CIKGU TIE

As salam pembaca blog Cikgu Tie!
Hari nie Cikgu Tie nak berkongsi resepi baru. Sebenarnya bukan senang untuk Cikgu Tie mendapatkan resepi nie. First time makan puding nie kat tempat kenduri saudara. Sedap rasanya dan menepati citarasa Cikgu Tie, suami dan anak-anak. Apalagi tanpa malu-malu terus minta resepi. Tunggu punya tunggu, sah lah tuan dia tak nak bagi. Terpaksalah pakai kreativiti sendiri untuk dapatkan resepi nie. Satu hari bila dapat tahu tuan dia nak buat puding....dalam diam-diam Cikgu Tie curi-curi tengok dan hafal bahan-bahannya.Alhamdulillah.... Akhirnya dapat jugak buat puding nie.........

Bahan-bahannya:
(A)
1 bungkus serbuk agar-agar
2 biji telur( putih telurnya di simpan)
2 sudu oren sunquick
1/2 cawan gula
1 tin laici buah
2 sudu kastad

(B)
1 tin susu cair
3 cawan air
50 gram butter


Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
2. Masukkan semua bahan A yang telah dikisar ke dalam periuk, kemudian masukkan semua bahan B dan masak sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan putih telur yang disimpan tadi.(pukul putih telur sehingga kembang terlebih dahulu)
4. Kacau puding tersebut  kemudian boleh dituangkan ke dalam acuan.

P/S***Selamat mencuba resepi Cikgu Tie.
 Mudah dan sedappp !!!!


11 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Acik Erna said...

Assalam cik gu Tie..memang susah cik gu tie nak dapat kan resepi ni..terima kasih sudi kongsi disini..insyaallah ada masa nanti boleh cuba

Cikgu Tie said...

Acik Erna...cuba ya jangan tak cuba, sedap tau!

kasihredha said...

Salam cikgu tie
Cantik...macam logo

fairus said...

MACAM BEST JE.. MESTI LAZAT HINGGA MENJILAT JARI.. :)

PS : CIKGU PUNYA PON ADA VERIFICATION WORD

Kakzakie Purvit said...

Kalau rajin bolehlah mencuba. Kakak nie masa baca memang teringin nak cuba tapi selalu tak jadi nak buat.

Cikgu Tie said...

ya kaa....kak kasih?!!!

Cikgu Tie said...

ada VERIFICATION WORD juga? Alamak, mcm mana nak buang nie Fairus???!!!

Cikgu Tie said...

Biasalah kak zakie...sibuk bekerja mcm kita nie, ada saja halangan setiap kali nak mencuba resepi baru.

L said...

sedap tengok puding laici nih.. hehe

ieda Qema said...

Mak oi sedapnye.... Lapo perut nengok

xura said...

kena cuba ni...nampk sedap jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci