Layan Sebentar

Followers

Wednesday, October 5, 2011

MOHON PETUNJUK MELALUI SOLAT ISTIKHARAH


Rasulullah saw pernah bersabda: "Allah tidak akan mengecewakan orang yang memohon kebajikan dari-Nya. 
Solat Istikharah ini ialah sembahyang  memohon petunjuk dari Allah sebelum membuat keputusan  bagi memastikan sama ada perkara yang hendak dilaksanakan itu baik atau buruk.
 Dengan ibadah ini Allah akan menunjukkan petanda-Nya sama ada baik atau tidak untuk diteruskan. Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat.
Cara melaksanakannya
1. Lafaz dan niat untuk solat istikharah:
 

Ushalli sunnatal istikharah rak'ataini lillahi taala


"Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakat dua rakaat kerana Allah taala"
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
    Rakaat pertama: Al-Kafiruun
    Rakaat kedua: Al-Ikhlas

3. Selepas sembahyang diikuti dengan doa ini:
 

 "Ya Allah! sesungguhnya aku memohon petunjuk yang baik dari-Mu dengan ilmu-Mu, aku mohon kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau maha  mengetahui perkara-perkara ghaib dan tersembunyi. Ya Allah! jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini ( nyatakan perkara yang hendak dilakukan)baik untukku pada agamaku, duniaku, dan kesudahan urusan ku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui perkara ini ( nyatakan perkara yang hendak dilakukan)tidak baik untukku pada agamaku dan pada duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku,dan elakkan dariku dari padanya, tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada. sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu" 


P/S: Adakalanya kita rasakan perkara itu baik  sedangkan perkara itu sebenar buruk untuk kita. Adakalanya kita rasakan perkara itu tak baik  sedangkan sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita. Allah maha menyetahui segalanya. Adalah sebaiknya kita memohon petunjuk daripada Allah  sebelum kita membuat keputusan penting dalam hidup kita. 

Sumber ==> di sini




4 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Prince Halilintar said...

kalau kite ragu2 dlm sesuatu keputusan pun elokjgk kita wat solat ni..insyaallah ade petunjuknya..

fairus said...

ERM.. SEKIRANYA MEMERLUKAN PETUNJUK NANTI SAYA LAKUKAN... TQ KERANA SHARE...

sal said...

yelah..klu buntu untuk memilih sesuatu..buatlah solat istiharah..
pastu pasrah dan tenangkan hati & cekalkan jiwa melalui dugaan..

brsabar, moga Allah beri petunjuk..

abu muaz said...

bila perlu membuat keputusan penting...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci