Salam Pembaca Blog Cikgu Tie!
Hari ni Cikgu tie nak berkongsi cara untuk mengekalkan persahabatan.Tentu anda mempunyai ramai sahabat bukan?Dalam asyik menjalinkan persahabatan itu,kita tak mungkin akan terlepas daripada menghadapi masalah bersamanya.
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukanlah untuk saling menyakiti dan membenci sesama sendiri.Untuk menjadi sahabat yang baik tidak bermakna anda harus memiliki seluruh hidupnya.
Makna kata anda tidak boleh melarang sahabat anda daripada membuat itu dan ini seolah-olah ingin mengatur perjalanan hidupnya.Dengan kata lain anda haruslah menghormati hak kebebasan diri sahabat anda.Apa yang penting,anda dan sahabat anda jujur dalam persahabatan yang terjalin.
Cara-cara mengekalkan persahabatan
1. Bersabar
Anda harus bersabar sekiranya sahabat baik anda menyingung perasaan anda.
Selalu berdoa agar dia berubah untuk berfikir tentang hati dan perasaan anda.
2. Berterus-terang
Jangan suka menyimpan perasaan atau memendam rasa.
Bawa berbincang dan berterus-terang agar masalah dapat diselesaikan
secara bersama.
3. Ikhlas dan jujur
Jika membuat sesuatu untuk sahabat,hendaklah dengan niat ikhlas dan jujur.
Jangan sekali-kali bermuka-muka.Di depan sahabat anda kelihatan baik
tapi, bila di belakangnya anda adalah sebaliknya.
4. Faham-memahami dan bertolak -ansur
Selalu tidak berprasangka buruk dan sering bertolak-ansur dalam segala hal.
5. Saling memaafi
Jadilah seorang yang pemaaf sesungguhnya pemaaf adalah sikap yang mulia.
6. Jaga tutur kata
Berbicaralah dengan tutur kata yang baik,jangan terlalu lepas cakap.
7. Sentiasa mengambil berat
Jangan pentingkan diri sendiri,sebaliknya ambil berat antara satu sama lain
seandainya ada masalah yang melanda.
Adakah anda seorang sahabat yang mempunyai ciri-ciri seperti Cikgu Tie nyatakan tadi?Andai ada bermakna anda sememangnya seorang sahabat yang baik.
Jika tiada......bolehlah anda cuba untuk adakan ciri-ciri tersebut pada diri anda demi anda dan sahabat anda.
Kalau nak tahu....Cikgu Tie memiliki semua ciri-ciri itu.....kehkehkeh.(gelak perasan kerana masuk bakul angkat sendiri)
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H
1 day ago
4 sudi komen N3 Cikgu Tie:
cikgu tie, akak nora ni jeis susah nak berkawan. Yang betul2 ok je nak kawan ngan akak nora, akak nora tak memilih tau..diorang yg tanak pilih akak..huhu
Tahniah..cikgu tie follower ke-80 blog akak nora. terimakasih..follow cikgu tie balik ya..
saya tak yang nombor 2 tu... tu yang paling ketara la... sy lebih suka memendam... smpai satu masa saya akan luahkannya sendiri tanpa org lain tahu.... sy jenis yang susah nak cakap terus terang kalau ada bende yang tak kene dengan kawan saya...
1lg tips!!
sentiasa bersikap terbuka untuk menerima teguran org :) and stay positive
salam,
tq 4 sharing the tips...
persahabatan itu mmg penting, namun yg lbh penting bagaiman utk kita mengekalkannya... kenalah ikut tips tu kan...
Post a Comment