Layan Sebentar

Followers

Monday, January 31, 2011

Lebih baik berbincang,usah emosional.....

Foto

Ibu bapa sama sekali tidak wajar mencampuri urusan remeh persekolahan anak dan tidak hanya menyasarkan pencapaian akademik sebagai fokus utama.

“Banyak lagi boleh dilakukan bagi menilai kejayaan anak, bukan hanya peperiksaan atau menyerang guru dan sekolah jika tidak berpuas hati.

“Ini tindakan tidak profesional, sangat memalukan dan tidak beretika. Mereka langsung tidak menghormati institusi sekolah dan guru.

“Bukankah masih ada lagi jalan elok boleh dilakukan, antaranya duduk berbincang tanpa dikuasai emosi dan ego?
“Ini soal masa depan membabitkan anak yang juga pelajar. Bayangkan jika ibu bapa, sekolah dan guru tidak sehaluan, siapakah yang rugi?,” 

Untuk mengetahui lebih lanjut klik di sini


Cikgu Tie berharap sangat supaya ibu bapa tidak hanya menyalahkan guru seandainya anak mereka gagal dan lansung tidak mengenangkan guru apabila anak mereka meraih kejayaan.


Wajarkah jika anak gagal kerana guru tak pandai mengajar.Jika anak berjaya kerana anak mereka seorang yang gigih.Tak kata pulak Cikgu  pandai mengajar.


Bukan semua ler sikap ibu bapa macam tu....ada juga yang sangat menghargai guru pada anak-anak mereka.Kepada ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan tahu mengenang jasa guru ni...Cikgu Tie ucapkan terima kasih dan rasa bersyukur sangat-sangat kerana masih ada ibu bapa yang masih tahu menghargai guru. 

14 sudi komen N3 Cikgu Tie:

MummyK said...

Betul cakap Cikgu Tie...Emosi xdapat menyelsaikan masalah...

ANATI SOKI said...

kesimpulannya.. kalau nk ikut emosi.. mgm akan memudaratkan lg sesuatu keadaan tuh
"ikut hati, mati". hehehehe
wallahualam.. tp berbincng itu lebih bagus
anat fllow blog nih

gigi rongak said...

hehe..emosi mmg xkan selesaikan segalanya..memburukkan keadaan lagi ada la..

tanpa guru, org xkan berjaya

Dewi Batrishya said...

Respect CikguTie!!! XD
Ssh gak zmn skarang ni. Mcm2 perangai..
BUkan je nk handle budak skolah.. Ibu bapak pun nak gak join skaki. hahaha
Zaman dah berubah....
Tapi, the fact still remains..
"without a teacher, how do anyone become anything in this world".. :)

qaseh said...

sokong sgt cikgu tie! bgus2..

Cikgu Tie said...

mummyK....
Alhamdulillah,kita sependapat.

Cikgu Tie said...

ANATI SOKI...
memang kita tak boleh terlalu emosi dalam menangani masalah anak-anak.
Terima kasih sudi follow blog Cikgu Tie.

Cikgu Tie said...

Memang betul tu gigi rongak...
Terima kasih kerana memahami guru.

Cikgu Tie said...

Dewi Batrishia....
Alhamdulillah,ada juga yang memahami situasi yang dihadapi guru sekarang ni.Terima kasih yer!

Cikgu Tie said...

qaseh...
Terima kasih yer kerana memahami guru!

Fairus Bin Mamat said...

MEMANG BENAR.. BERBINCANG MERUPAKAN SATU JALAN MENCARI PENYELESAIAN. KALAU KITA IKUT EMOSI SENDIRI, MEMANG PENYELESAIAN TIDAK AKAN DAPAT DICAPAI..

SELAIN ITU, SAYA JUGA SEORANG YANG SUKA MENGHARGAI GURU.. BIAR SEGARANG MANAPON GURU.. GURU TETAP GURU.. GURU HARUS DISANJUNG KERANA SANGGUP BERSUSAH PAYAH MEMBAKAR DIRI UNTUK MENERANGI ORANG LAIN.. :)

Cikgu Tie said...

Fairus....
Terharunya Cikgu Tie,Terima kasih yer
kerana menghargai guru.

Sham said...

setuju sangat...bengang je bila dengar parent cakap:anak pandai sebab tuition...bila tak pandai sebab cikgu tak pandai ngajar...

Cikgu Tie said...

Sham....
Bukan cikgu ler namanya kalau tak rasa bengang bila dengar parent cakap mcm tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci