Layan Sebentar

Followers

Thursday, December 30, 2010

Azam Tahun Baru 2011



As salam!


Cepat sungguh masa berlalu.Sedar tak sedar tahun 2010  sudah hampir ke penghujungnya.


Memandangkan tahun 2010 akan meninggalkan kita dan tahun 2011 akan menjelma....mesti ramai antara kita ketika ini sedang memikirkan azam tahun baru.Tak kurang juga ada yang sedang bersedih kerana tidak mencapai azam 2010 yang telah dibina dulu.


Setiap kali tahun baru menjelma....kita perlulah mempunyai azam kerana ia merupakan garis panduan terhadap sesuatu yang ingin kita capai pada tahun akan datang.Apa yang menjadi persoalannya....bagaimana hendak membuat azam yang yang seronok untuk kita lakukan dan dapat dicapai sepenuhnya????   

Di sini...Cikgu Tie ingin berkongsi sedikit dengan pembaca blog Cikgu Tie tentang langkah-langkah untuk memastikan kita mencapai azam untuk tahun 2011 yang bakal kita tempuhi.


1. Tetapkan Azam kita sendiri
Sudah pastinya sebelum memulakan sesuatu, kita perlu tahu azam apa yang kita inginkan dan kemudian tetapkan. Sebagai contoh jika kita menetapkan azam untuk berjaya menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan mampu mencapai sasaran seperti yang ditetapkan sepanjang tahun.

2. Bahagikan azam kita mengikut bulan
Langkah seterusnya yang perlu dilakukan ialah membahagikan azam kita kepada setiap bulan dengan azam-azam kecil bermula dari bulan januari sehingga Disember.
Dengan cara ni, kita dapat lihat target atau objektif bulanan yang perlu kita capai.

3. Bahagikan azam ikut minggu
Langkah seterusnya ialah membahagikan azam kepada peringkat yang lebih kecil iaitu minggu untuk sebulan.
Dengan melakukan sebegini, sudah pasti kita dapat lihat dengan lebih jelas objektif serta target yang perlu kita capai untuk tempoh satu minggu.

4. Rangka pelan tindakan kita.
Setelah mengetahui objektif kita sehingga kepada tahap mingguan,  bolehlah kita merangka pelan tindakan untuk mencapai objektif mingguan tersebut. 
Semua ni, dapat memberikan kita gambaran teperinci tentang jumlah kerja atau usaha yang perlu kita berikan perhatian untuk seminggu dalam mencapai target keuntungan mingguan.

5. Review dan perbaiki
Ini adalah  yang sering diabaikan oleh orang ramai iaitu melakukan review dan perbaiki strategi rancangan kerja kita sekurang-kurangnya sekali untuk setiap bulan. Selepas kita buat pelan tindakan, kita perlu review semula keberkesanannya kepada kejayaan kita. Jika kita dapati ia tidak memberikan kejayaan yang sepatutnya, kita perlu ubah teknik kita balik. jika ia memberi kejayaan yang lebih baik dari jangkaan, maka kekalkannya dan cuba tingkatkan usaha. Jika kita mampu lakukan kelima2 langkah ni, sudah pasti  tiada masalah untuk kita capai azam tahun baru bagi 2011.

Apa yang penting sebenarnya, kita kena kekalkan motivasi kita dan berikan sepenuh usaha untuk kita mencapai kejayaan yang idamkan.  Cikgu Tie doakan kejayaan untuk diri sendiri dan juga rakan pembaca blog dalam menyempurnakan azam bagi tahun 2011.

Segalanya adalah peringatan untuk diri Cikgu tie dan rakan pembaca.Semoga dapat dimanfaatkan bersama.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada Cikgu Tie sendiri.


Akhir Sekali Cikgu Tie Ucapkan Selamat Tahun Baru
Semoga Tahun Akan Menjadi Tahun Yang Lebih Baik Daripada Tahun sebelumnya.

0 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci