Layan Sebentar

Followers

Tuesday, December 7, 2010

Panduan Memulakan Perniagaan

Salam!

Anda ingin memulakan perniagaan???
Jika anda inginkan mulakan perniagaan....bacalah panduan yang cikgu tie kongsikan dibawah!

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

Lesen dan Permit

Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Anda perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan anda.

Francais

Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu “bentuk” perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

Sistem Francais

Sistem francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais, anda perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Penyediaan Pelan Perniagaan

Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk perniagaan anda. Lebih baik lagi jika anda mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempuyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah itu yang dimaksudkan pelan perniagaan? Salah satu factor kegagalan dalam perniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau ‘businesss plan’. Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran wang tunai sebuah syarikat. Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan perniagaan kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun mendatang.
Ramai peniaga kita tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakukan kerana perniagaan mereka itu kecil sahaja. Sama ada perniagaan kita kecil atau besar, kita masih tetap memerlukan pelan perniagaan.

Percukaian

Di Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individu yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi dalam memberi perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai-cukai yang tertakluk di bawah bidang kuasa LHDN.

Pengurusan Kewangan

Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-disiplin tertentu, untuk mengurus dengan baik, sumber-sumber pendapatan, serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah/manfaat yang optimum, dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan komitmen-komitmen kewangan yang mampu diselesaikan.
**Sumber: BH1klassifieds C24, Berita Harian, Sabtu 22 Mei 2010-05-22

0 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci