Layan Sebentar

Followers

Friday, January 14, 2011

Apa itu skim Amanah Hartanah Bumiputera????kena tahu nie!


As salam...
Baru-baru ni  Cikgu Tie ada pergi ke Maybank untuk kemaskini akaun Amanah Saham Bumiputera(ASB) Cikgu Tie yang tak seberapa tu.
Huisyy....dah kena kempen pulak untuk melabur dalam skim Amanah Hartanah Bumiputera(AHB). Dengar punya dengar,terujalah pulak Cikgu Tie dengan skim AHB nie.Balik rumah asyik duk fikir AHB ajerr....pandai betul depa kempen yer! La ni asyik duk cari info pasal AHB hingga tak jadi kerja Cikgu Tie dibuatnya.hehehhe.....
Ini info yang Cikgu Tie dapat.Kita pakat-pakat baca dan faham.Kalau rasa menguntungkan,boleh kita melanggan di cawangan  Maybank terdekat.


Untuk makluman......AHB ni bernaung dibawah Pelaburan Hartanah Berhad(PHB). maknanya dia tidak sama dengan ASB, ASN, ASW2020, AS satu Malaysia dan lain-lain tu sebab yang lain tu bernaung dibawah Amanah Saham Nasional Berhad.


Ciri-ciri AHB
* Patuh Shariah (SAMA MACAM ASB ?????)
* Melabur dalam sektor hartanah.
* Melabur dalam pasaran wang Islam untuk tujuan kecairan.
* Jumlah pelaburan maksimum, RM 200,000 (SAMA MACAM ASB)
* Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)
* Harga unit tetap, RM 1 (SAMA MACAM ASB)
* Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6% (SAMA MACAM ASB ??????)
* Pengurus dana, Mayban Investment Management Sdn Bhd



Jom klik di sini


Memandangkan dividen tahunannya kelihatan agak menarik, kini kita sebagai orang melayu mempunyai lebih banyak pilihan untuk melabur. Kepada yang rakan Cikgu Tie yang ada banyak duit simpanan tu....bolehlah melabur ke skim Amanah Hartanah Bumiputera nie sebagai salah satu sumber jaminan untuk masa depan.


Bagi orang yang tak berduit macam Cikgu Tie ni.....hanya sikit ajerlah yang mampu untuk dilaburkan ke dalam skim AHB ni nanti.


Tapi tak pa la kan,kata orang...."Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit "


sumber : maybank2u



















0 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci