Entahlah....jika sekali fikir,rasa tak nak Cikgu Tie hantar anak masuk asrama bila naik sekolah menengah nanti.Takut kena buli macam pelajar Tingkatan Dua di Alor Setar baru-baru ni.
Huisyy...dekat tempat Cikgu Tie nie!
Mangsa, Mohd Syazwan Johari dikata dipanggil seorang daripada lima pelajar , tetapi enggan berjumpa mereka menyebabkannya ditarik lalu dipukul di luar biliknya.
Menurutnya, dia yang pada tahun lalu pernah dibelasah kumpulan pelajar yang sama sehingga koyak baju tidak mampu mempertahankan dirinya kerana dibuli ramai pelajar senior yang dikatakan hanya untuk suka-suka.Rakan lain yang menyaksikan kejadian dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa walaupun memaklumkan kepada guru kerana bimbang turut menjadi mangsa.
Mohd Syazwan juga yakin ada pelajar lain yang turut sama memukulnya namun dia tidak tahu bilangan sebenar. Menurutnya, kecederaan di bahagian lutut akibat diseret kumpulan pelajar sebelum terkena pada rak kasut yang diperbuat daripada besi. Setelah diseret, dia kemudian diangkat mereka lalu diletakkan di atas katil di biliknya dan dibawa ke hospital pada keesokan harinya.Sedihkannnnn......!
Cikgu Tie rasa sangat simpati ke atas nasib Mohd Syazwan nie.Tersentuh naluri keibuan Cikgu Tie.
Kepada ibu dan bapa Mohd Syazwan......Cikgu Tie berharap agar bersabar di dalam menempuh dugaan yang tidak dijangka ini.
Sumber:sinarharian
4 sudi komen N3 Cikgu Tie:
KATAKAN TIDAK KEPADA BULI..
sye sowg plajar SBP..
mmg buli nie dh jd adat dowg kowt..
sob3..
itu la no....
tak sepatutnya lah...
pelajar SBP jadi pembuli dan di buli.
takut jugak kan cikgu tie pasal isu buli ni.. dulu2 takde pun kes2 buli nih.. baru jer berangan nak hantar anak masuk boarding school (kalo dapatlah)bila besar nanti..huhu.. harapnya nanti bila sampai masa, takde dah lah kes2 buli nih..
Post a Comment