Sampai hari ni Cikgu Tie masih terbayang-bayang bagaimana parahnya murid tahun satu yang lari ikut tingkap kerana tak nak bersekolah.
Dengan kuatnya dia menangis dan menjerit agar ibunya tidak meninggalkannya di sekolah.Namun tangisan itu tidak dapat melembutkan hati kering ibunya yang tetap pergi meninggalkannya.

Setelah ibunya sudah tidak kelihatan lagi.....murid tahun satu itu terus lari meninggalkan kelas dan memusing bangunan sekolah apabila dikejar oleh guru kelas.Letih betul jadi guru kelas murid macam ni.....
Tiba-tiba murid tersebut jatuh ke dalam longkang.Aduhhh,banyaknya darah!Cikgu Tie terus bangun tidur apabila mendapati segalanya hanyalah satu mimpi ngeri yang datang bertandang di saat-saat awal sesi persekolahan.
Entahlah kenapa yerr!
Cikgu Tie bukanlah cikgu tahun satu.....tiba-tiba mimpi murid tahun satu pulakkkkk.Kalau mimpi best tak pa la juga kann.....
Secara logiknya,mana nak cari sekolah yang bertingkap kayu macam zaman Cikgu Tie sekolah dulu.Tak tahu lah kalau masih ada kat tempat anda.Kalau ada bagi tau Cikgu Tie.....teringin sangat nak p melawat sekolah tu....hehehe.....
Mungkin jugak Cikgu Tie teringatkan kenangan zaman mula masuk sekolah dulu.Ada sorang kawan sekelas Cikgu Tie yang terjun tingkap kerana tak nak sekolah masa darjah satu dulu.Bestnya jika di kenang zaman mula masuk sekolah dulu kannn!Anda pun tentu ada....berak dalam seluar tu selalu la dengar.kekeke....Jenuh cikgu nak basuhkan.

Pada pendapat Cikgu Tie bukan calang-calang orang lerrr......nak jadi cikgu tahun satu ni.Kalau tak sabar betul baik tak yah jadi.(Kalau Cikgu Tie...sebelum jadi cepat-cepat tarik diri).
Cikgu Tie pun ada gak kenangan lucu yang jadi kat Cikgu Tie masa tahun satu dulu....Kalau cerita kat sini mesti pakat-pakat gelak kat Cikgu Tie......Tak nak ler Cikgu Tie cerita(biarlah rahsia).
Kenangan itu adakalanya mampu membuat kita ketawa sendirian....adakalanya membuat kita sedih bila terkenang.Terpulanglah kepada anda samaada mahu menyimpan atau membuang kenangan itu kerana kenangan tetap menjadi kenangan yang payah untuk kita lupakan...
1 sudi komen N3 Cikgu Tie:
hanya mimpi...
Post a Comment