KEK PUTERI AYU KUKUS BERWARNA CIKGU TIE |
Assalamualaikum!
Hari ni Cikgu Tie berkongsi resepi Kek Puteri Ayu Kukus Berwarna Cikgu Tie.Mudah sangat-sangat nak menyediakannya.
Sedap tau.......anda mesti kena cuba!
Bahan-bahannya:
4 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Gula Pasir(kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1 Tin Susu Cair
4 Biji Telur
1 Sudu Baking Powder
Buah Kismis Hitam(jika suka)
Pewarna Mengikut Citarasa
Butter Cup(250g)
Esen Vanilla
Cara-cara
1. Pukul Gula Pasir dengan Butter Cup. kemudian masukkan telur(telur merah sahaja)satu persatu.Kacau sehingga kembang dan masukkan Esen Vanilla.
2. Ayah Tepung Gandum bersama dengan Baking Powder kemudian masukkan tepung yang diayak dengan Susu Cair secara berperingkat ke dalam adunan gula dan butter cup.
3. Masukkan pewarna pilihan.
4. Masukkan ke dalam bekas yang anda sediakan untuk mengukusnya.
SIAP UNTUK DIKUKUS |
MASAK SETELAH DIKUKUS |
SIAP HIDANGAN UNTUK DIMAKAN |
Untuk pengetahuan anda,Kek ini tahan lama bila disimpan ke dalam peti ais dan boleh dikukus semula untuk dihidangkan bila-bila masa yang anda suka.
***SELAMAT MENCUBA RESEPI KPAKBCT***
1 sudi komen N3 Cikgu Tie:
pos kat gua boleh?
Post a Comment