Layan Sebentar

Followers

Sunday, February 13, 2011

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Salam pembaca blog Cikgu Tie!


Sebenar Ini merupakan sebuah kisah yang mampu mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya.
 Kisah ini Cikgu Tie dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setelah  membaca kisah ni naluri keibuan Cikgu Tie sangat tersentuh . Bergenang juga air mata Cikgu Tie. huhuhu.......


Sememangnya manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan.Malangnya dalam kesilapan yang dilakukan itu
bukan semua dapat diperbetulkan kembali.Ada kesilapan yang dilakukan boleh dimaafkan atau diperbetulkan semula 
dan ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya.


Kerana itulah  Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai, menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..
Kata orang tua-tua ....terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Di bawah Cikgu Tie sertakan kisahnya.....

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawab pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",

P/S**Cikgu Tie nak tahu sangat-sangat.....setelah membaca 

          dan mengikuti kisah ini,tidakkah anda tersentuh hati?

          Tidakkah bergenang air mata anda sebagaimana

          bergenangnya air mata Cikgu Tie 
          
          ketika  membaca kisah ini?

        
         

24 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Prince Halilintar said...

wpon princwe lelaki, namun jauh disudut hati amat sedih sekali dgn perbuatan ibubapa die yg tak memikir dahulu sblm buat..xsalah nak mengajar anak tapi biarlah kene dgn caranya..

Aanas said...

salam cikguTie,
tak sanggup nak baca habis, sebab air mata dah bergenang tak nampak skrin.. sedih sesangat...

Cikgu Tie said...

Prince....
Memang sedih sangat2.
Sebagai pengajaran ler untuk ibu bapa agar tidak menghukum anak mengikut emosi.

Cikgu Tie said...

Aanas....
Cikgu tie pun jadi macam tu jugak.

Cikgu Nurin said...

Cikgu Tie...
anak tak ada galang gantinya...

Cikgu Tie said...

Betul tu Cikgu Nurin.Setuju sangat-sangat.Kereta lama kelamaan akan buruk juga.Duit boleh di cari untuk ganti kereta baru,tapi tangan anak....mana nak cari???

Fairus Bin Mamat said...

EMAIL NI ISTERI SAYA FORWARD PADA SAYA DULU.. DIA NAK BGTAU JANGAN PUKUL ANAK SAYA LE TU.. SAYA KALAU PUKUL PON, PUKUL2 MANJA JE..

Cikgu Tie said...

hehehe...pukul-pukul manja pada anak ye Fairus?!! Seni bunyinya.Jarang dengar.

Fairus Bin Mamat said...

ORANG MUZIUM MEMANG BERSENI.. :p

Sham said...

salam maulid...

saya memang cepat sedey...huk huk...

ainnoraini said...

sedih cikgu tie..sedihnye...
saye ni mudah sgt keluar air mate..

tak sanggup rasenye nak buat anak mcm tu...

salam kenak dan selamat malam

Cikgu Tie said...

Fairus...
Cikgu Tie suka pergi Muzium lihat seni lama yang ada kat situ.
Salah seorang pencinta seni nie.Jangan tak percaya pulak!hahaha....

Cikgu Tie said...

Cikgu sham....
Susah nak jumpa lelaki cepat sedih nie.Betul-betul sedih ke nie?
Percaya,percaya....Cikgu Tie percaya kata Cikgu sham sedih.hehehe....

Cikgu Tie said...

ainnoraini.....
Salam kenal,jiwa setiap orang tak sama.Syukurlah kerana kita dianugerahkan jiwa yang penyayang terhadap anak2.
Cikgu tie pun tak sanggup nak buat mcm tu pada anak2 cikgu tie.

Kakzakie said...

Assalamualaikum Cikgu Tie,

Kakak bukan nak bohong. Ayahanda kakak tidak pernah menjentik 8 org anaknya. Arwah emak ada tetapi bukan pukul dgn alat. Sekadar mencubit atau memukul punggong. Jadi bila ada anak rasanya tak perlulah kita pukul, cukup dgn marah insya-allah dia tahu kesalahan itu. Rumah kakak ada rotan tapi tak pernah mencecah tubuh mereka. Kakak pukul rotan atas meja atau dinding. Bunyinya pun mereka dah takut.

wahida said...

salam cikgu tie, thanks drop by my blog...dtg sini nak follow balik..
dah pernah dpt email ni dulu, masa mula2 baca mmg sedih sgt...sedih giler!!

Ati Masrif said...

haruslah sedih
walaupun dah baca kali yg ke 3

giler betui org tu

Cikgu Tie said...

Kakzakie.....
Cikgu Tie kagum dengan kesabaran ayahanda kakzakie.8 orang ramai tu...mesti banyak ragam kann!
Kalau tak betul-betul sabar mana mungkin seorang pun tidak dijentik.
Cikgu Tie jentik jugak anak...tapi jentik-jentik manja ajer,macam fairus kawan kita.hehehe....

Cikgu Tie said...

Wahida....
terima kasih datang follow Cikgu Tie!

Cikgu Tie said...

Ati.....
Cikgu Tie baru ajer baca sedangkan ati dah 3 kali baca.Kira ketinggalan ler Cikgu tie yer!huhuhu.....

ummu said...

assalamualaikum cikgu tie
kisah ini menmang menyentuh sangat hati ummu.masa tu agensi pembantu rumah berikan email ni kpd majikan2 yang nak ambil maid dengan agensi tu.
sesungguhnya anak itu harta berharga kan cikgu tie.

Cikgu Tie said...

ummu....
memang betul tu...setuju sangat.
Anak adalah harta yang paling berharga di dunia ini.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Rosak atau calar pada kereta boleh diperbaiki namun cacat anggota kita sukar untuk kita menggantinya...

Kerana harta gagal mengawal nafsu..

Cikgu Tie said...

Saudara Abd Razak...
Sesungguhnya manusia mudah lupa.
Semoga ia menjadi pengajaran buat kita agar tidak bertindak mengikut emosi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci