Layan Sebentar

Followers

Wednesday, March 16, 2011

CCTV berjaya mengesan taktik kotor amah(pembantu rumah)

As Salam pembaca blog Cikgu Tie!


Selalu kita dengar dan terbaca cerita tentang majikan mendera amah dan amah mendera anak......tapi hari nie Cikgu Tie terbaca dalam akhbar Berita Harian tentang amah menggunakan taktik kotor mendakwa majikan mencabul dan menyeksa mereka semata-mata kerana ingin pulang segera ke negara asal sebelum tamat kontrak.Ada yang sanggup menoreh tangan sendiri lalu menuduh majikan yang lakukan.


Difahamkan, taktik itu sering digunakan terhadap majikan yang tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman atau premis perniagaan mereka, sekali gus menyukarkan mereka membuktikan dakwaan dilemparkan pembantu rumah masing-masing.


Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, juga mendedahkan ada pembantu rumah warga asing mencampurkan air kencing dalam sup dihidangkan kepada majikan kerana tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan pulang ke negara asal mereka sebelum tempoh kontrak berakhir.


Aduh,ini sudah lebih!Naik takut Cikgu Tie dibuatnya.Terfikir seandainya perkara tak baik dilakukan pada anak-anak.Nak pasang CCTV pun bagai dikatalah kann!Mahal bangatt (tak tahulah kalau ada yang murah) tak mampu lerr.huhuhu.....Semoga ianya tidak berlaku kepada kita.Mudah-mudahan.


P/S***Nasihat Cikgu Tie kepada anda yang punya bibik termasuklah diri Cikgu tie sendiri supaya.....
berhati-hatilah dengan bibik anda.
Selalulah memantau untuk memastikan anak-anak  kita tidak menjadi mangsa.
Semoga bibik Cikgu Tie akan terus berkhidmat dengan penuh kejujuran.



10 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Prince Halilintar said...

selalu la wat spot cek mengejut kat rumah tgk gelagat pembantu rumah..

zati embong said...

huhu..diorg ni pelik,kalau dah niat nk cari kerja kat sini,jgnlah buat naya cmtu plak.dah tentu majikan amek diorg ada kontrak berapa lama.huhu

Radianthijab said...

ih,mcm2 la indon nih..rupanya,kes dera yg byk2 sblom ni ada la yg tipu2 ek..eee..xberkat rezki depa..skrg byk kes bbik cbut lari..kalo xnak keja bbik,knp dtg sni..adoi..xpaham..ke dtg cni nk kwen dgn rkyat msia..heheee

Cikgu Nurin said...

Astaghfirullahhh...teruk betul..tak de kerja,nak kerja,dah ada kerja buat hal....hmmmtu yang fikir dari dulu nak ambik bibik nih..cuma ada sekejap je dulu,masa anak masih kecil...

Cikgu Tie..tak yah beli yang mahal..sekarang ni banyak yang dah murah, saya pernah tengok yang macam pen aje..tapi tak tau la macamana keupayaannya..tapi banyak yang dah murah sekarang ni...cer surf internet...

Dr. Rodzila Rodi said...

manusia akan buat apa sahaja agar mereka terlepas bebanan di dunia..

nape la bibik itu tergamak?
memburukkan institusi kebibikan..
sikap diorang sebegini, akan menyebabkan hubungan buruk malaysia dan indonesia..

kay_are said...

makin menjadi jadi amah2 tu kan.. x sedar diri betul yang die tu hidup menumpang je kat negare kite.. ish ish

Abang Zul said...

Abg pun ada jugak pembantu rumah.

Bangsa Jepun.
Dia reti basuh baju ja.
Nama dia LG.

ok serius:
CCTV yg lengkap & boleh dipantau secara online, kos dia dibawah RM5000.
Bergantung kpd peralatan dan keperluan serta kedudukan kamera.

Kalau berminat, abg ada kenalan yg pasang benda ni. Boleh saja abg rekomenkan.
(tapi kena bg bibik tu takdak di rumah la, masa nak pasang CCTV tu - kalau tak, no point la, kan?)

FurBall said...

nape kita suka mbik bibik luar negara ek??nape tak tolong orang kita sendiri..ada jew kot remaja malaysia yang boleh bekerja sebegini..ehehe..tp orang malaysia nih gak satu..kalu ada kawan2 dorang jadikan kerja pembantu rumah tuh satu profesion ada lah nak kutuk2 plak.

tp bila tgok drama melayu tuh..banyak jew pembantu rumah dorang melayu..kan elok macm tuh..gagaga,,

p/s..rumah awrah kazen sendiri pon pembantu rumahnya orang malaysia..

miloais said...

kena selalu buat spot-check lah ngan bibik ni...
mana lah kita tau kan????

Fairus Bin Mamat said...

SAYA ADA SEDARA DAN JUGA KAWAN2 YANG MENGGUNAKAN PEMBANTU RUMAH DARI INDONESIA.. ALHAMDULILLAH, MAJIKAN DAN PEMBANTU RUMAH BAIK2 SAJA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci