Layan Sebentar

Followers

Tuesday, October 2, 2012

Sikap individu normal terhadap golongan albino/albinisme

Menurut kajian yang dijalankan di luar negara mendapati sikap dan tanggapan individu normal menyumbang kepada kualiti hidup golongan albinisme. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti adalah aliran yang sama terdapat di Negara ini.  

Justeru itu satu soal-selidik telah dibentuk dan diedarkan di kalangan mereka yang pernah bertemu dan bergaul dengan golongan ini. Responden terdiri daripada rakan sekampung, rakan sekelas dan pendidik. Individu albino atau golongan albinisme bukanlah fenomena asing bagi rakyat Malaysia kerana kajian mendapati 71% daripada responden pernah bertemu dan bergaul dengan golongan ini di kampung, tempat tinggal sekarang atau semasa pengajian mereka.

Golongan ini tidak pernah dianggap sebagai warga kelas kedua kerana kajian juga menunjukkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai mengapa albinisme boleh terjadi tinggi (88%). Namun begitu 40% responden tidak mengetahui bagaimana masalah ini boleh ditangani. Sikap mudah menghulurkan bantuan masih teguh di sanubari rakyat Malaysia kerana 94% sudi untuk menghulurkan bantuan kepada golongan ini kerana mereka menganggap golongan ini normal (kecuali lemah daya penglihatan) dan akan memberikan layanan yang sama sebagaimana yang akan diberikan kepada insan “normal” yang lain.

Kajian juga menunjukkan yang mereka boleh diterima untuk bekerja jika berkelayakan. Hampir kesemua responden ingin mendampingi golongan ini untuk memotivasi dan memberi sokongan supaaya mereka dapat meningkatkan keyakinan diri. Begitu juga mereka turut akan membantu mengurangkan kerengsaan golongan ini yang fobia kepada cahaya termasuk sinar matahari dan daya penglihatan yang rendah. Kesimpulannya sekiranya prasarana yang sewajarnya diberikan, golongan ini pasti boleh berjaya dan seiring untuk menongkah arus pembangunan.


P/S*** Bangga sangat dapat jadi rakyat Malaysia yang kaya dengan budi dan tidak mudah beranggapan negatif terhadap golongan albino. Sebenarnya bukan semua albino tidak berupaya untuk menjalani kehidupan yang normal. 




sumber==> Di sini


5 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Kakzakie said...

Masa kakak kecik-kecik dulu ada satu makcik albino kakak suka sebab dlm fikiran kakak makcik itu mat salleh... Tapi kami pun tak ada masalah siap kalau kuih dia jual tak habis dia beri pada kami makan ramai-ramai. Suka pun dan pada kakak masa tu makcik tu cantik sangat (naif betul kakak dulu kan cikgu).

Cikgu Tie said...

Ya la kak zakie...kehidupan mereka normal ajer,cuma kulitnya ler yang putih melepak.Ada jugak yang tahap teruk sehingga tak boleh kena cahaya matahari dan penglihatan yang terlalu rabun.

Cik Bib said...

aha...kehidupan mereka sama je dgn kita. pernah masa belajar dl buat research pasal Albino.

saya suka tengok ular albino. cantek.

Cikgu Tie said...

Cantik ke ular cik bib? Geli arr....

Dylla Abas said...

masa kecik2 dulu kalau t'pandang org2 yg albino ni mesti kagum..."wahhh...omputih!!" hahaha...bila dah besar n dah faham rasa malu plak pernah b'anggapan macam tu dulu..hee >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci