Layan Sebentar

Followers

Tuesday, January 25, 2011

JANGAN BERTANGGUH LAGI!

Assalamualaikum!


Kepada murid-murid sekolah,Cikgu Tie nasihatkan supaya jangan mengamalkan sikap suka bertangguh....


Kenapa tidak boleh bertangguh?


1. Sikap suka bertangguh akan menyebabkan kerja yang perlu dibuat menjadi bertompok-tompok.Belum sempat kita hendak fahami dengan baik palajaran yang dulu,cikgu sudah mengajar pelajaran lain pula.


2. Kita akan merasa tertekan.Bayangkan kalau terlalu banyak perkara yang hendak dibuat dalam satu masa....mesti amat tertekan kan!Begitulah yang akan terjadi kalau hendak tunggu dekat peperiksaan baru hendak memberi tumpuan penuh pada pelajaran.Secara tak lansung kita akan menjadi orang yang bersenang-senang dahulu,besusah-susah kemudian.Bukankah terbalik tuuu???


3. Kerja yang ditangguhkan selalunya tidak menjadi.Apa tidaknya,sebelum kita sempat membuatnya,kita dibebankan pula dengan kerja-kerja lain yang baru datang.Apabila sudah terlalu banyak perkara yang hendak dibuat,akhirnya kita terpaksa tinggalkan saja.Misalnya....hendak membuat latihan Matematik tak jadi.Hendak ulang kaji pelajaran pun tak jadi.


Masih mahukah lagi anda mengamalkan sikap suka bertangguh?

6 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Misz-ella said...

Bagus n3 ni cikgu. bkn utk murid sekolah je, peringatan utk yg dah tak sekolah mcm kakchik jugak. tengss so much for posting this ye.

Mohamad said...

Salam cg..
Menarik n3 cg.. Tunggu sat, nanti cek buat, esok la.. biaq pi dulu. Lain kali.. semua ini menunjukkan akan berlaku kerja bertangguh..

Kadang-kadang tanpa kita sedar benda bertangguh begini menyebakan kita menjadi makin malas dan langsung tak buat sampai bila-bila...

Cikgu Tie said...

Terima kasih kakchik sudi melawat & komen blog cikgu Tie.
Terharunya.....

Cikgu Tie said...

Betul tu Cikgu Mohamad,
Cikgu Tie setuju dengan Cikgu Mohamad.

Ujang9897 said...

sy selalu bertangguh..hehe...tgh nk berubah

Cikgu Tie said...

Cikgu Tie doakan semoga ujang berjaya berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci