Layan Sebentar

Followers

Saturday, March 5, 2011

Jangan malu untuk bertanya!

Assalamualaikum!


Jangan malu bertanya kerana kata orang tua-tua jika malu bertanya sesat jalan.
Tapi entahlah kenapa dan apa puncanya sehingga masih ramai masyarakat kita  yang rasa malu untuk bertanya. 
Kita lebih rela membiarkan diri tidak faham dan tidak tahu kerana takut dilabelkan bodoh serta ditertawakan. 
Bukan saja anak-anak muda saja yang malu dan takut bertanya, orang dewasa pun sama.
Budaya malu dan takut bertanya ini berterusan dari satu generasi ke satu generasi hingga memberikan kesan negatif. 
Di sekolah, anak murid malu bertanya pada guru walaupun tidak faham.( Anak murid Cikgu Tie pun ada jugak yang malu bertanya,tapi tak ramai ler..)
 Ini memberi kesan dalam pembelajaran dan menjejaskan markah dalam ujian dan peperiksaan.

Akhirnya yang disalahkan bukannya diri sendiri sebaliknya orang lain. 

Guru didakwa tidak pandai mengajar. 
Mata pelajaran dikatakan susah . 
Soalan peperiksaan dianggap  terlalu tinggi tahapnya.


Adilkah jika perkara ini berlaku?
Tentu tidak bukan!


Justeru itu kita haruslah menerapkan budaya rajin bertanya kepada anak-anak dan masyarakat kita.
Sesungguhnya lagi banyak yang ditanyakan akan membuat mereka cepat belajar malah minda mereka lebih matang berbanding kanak-kanak sebaya usia.



P/S****Marilah kita amalkan sikap suka bertanya 
kerana dengan bertanya akan membuat 
kita lebih tahu dan
 tidak mudah terpinga-pinga 
bila kita pulak yang ditanya kerana
kita sudah biasa bertanya.


7 sudi komen N3 Cikgu Tie:

amalhaj said...

P & P yang berkesan.....

Cikgu Nurin said...

Cikgu Tie...saya tak malu bertanyakan? pasal nom tu..he he he..
Yea,,,mmg geram ngan anak murid yang muka macam fahhaaammm je..bila tanya soalan..tergagap-gagap...

AZRUL AZMI said...

kat sekolah saya, ada sorang tu selalu tanya tapi alih2 dilabel sebagai budak bajet...

kadang2 org tak rela nak tanya sebab takut dilabel sebagai budak bajet jer...

bagi saya kalu dah tak der cara lain dah nak dapat maklumat baru saya tanya... tapi tak de la takut sangat nak tanya cuma bile nak tanya tu kene kumpul kekuatan dulu... hahaha...

dan paling suka bile kita tanya dan cikgu cakap soalan kita tu soalan yang bagus...

saya rasa tu adalah cara paling baik untuk menerapkan budaya bertanya... tapi kene tukar ayat la sebab nnti anak murid cakap kita asyik duk sebut bende sama je....

Ati Masrif said...

kita juga selalu berpesan
kat anak2...

kalau tak faham...tanya cikgu tau
jangan takut..cikgu tak marah...

kan..kan..cikgu?
kekdg..tgk muka cikgu saje
depa dah takut...hihi
jgn marah na...

najihah sahami said...

yep..jgn malu untuk bertanya..malu bertanya sesat jalan. hahhaha

Fairus Bin Mamat said...

PSTT.. DULU SAYA MALU2 JUGAK.. TAPI SEKARANG MASA MESYUARAT DENGAN DATUK2 PUN SAYA DAH RAJIN BERTANYA..

Khairul Amry Mohamad Puad said...

saya salah seorang dari yang malu bertanya..huuu :(
nak tanya, nanti kena condamn, tengok orang gak kalau saya nak bertanya.

"ni apa yer?"
"ni pon ko tak tahu...!!kebodosannye ko ni"

waaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci