Layan Sebentar

Followers

Wednesday, April 13, 2011

Resepi Pekasam Ikan Puyu Cikgu Tie

As Salam pembaca blog Cikgu Tie!

Baru-baru ini Cikgu Tie ada buat pekasam Ikan Puyu.Bukan apa.....saja teringin nak makan pekasam Ikan Puyu.Siap bawa pergi sekolah bagi pada kawan-kawan lagi.Yang syoknya......ada kawan nak nak sangat resepi pekasam Cikgu Tie.Maknanya......sedaplah tu yer!hehehe.....

Untuk memenuhi hajat kawan-kawan Cikgu Tie dan atas rasa ingin berkongsi dengan pembaca blog Cikgu Tie......suka dan teringin sangat Cikgu Tie  menyediakan satu N3 untuk anda cuba buat pekasam.Kalau berminat bolehlah cuba yer!


Bahan-bahannya:
1 mangkuk beras
1 cawan garam kasar
3 cawan Air suam
1 kg Ikan Puyu.

Cara-caranya:
1. Gaulkan Ikan Puyu dengan garam kasar semalaman dalam bekas tertutup.
2. Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2(setengah) cawan garam kasar dan kacau hingga larut.
3. Masukkan beras yang digoreng serta dimesin ke dalam campuran air garam.
4. Ikan yang diperap semalaman hendaklah dibasuh dahulu untuk mengurangkan masin.
5. Masukkan ikan seekor demi seekor(pastikan digaul rata dengan campuran beras) dan susun.
6. Pastikan bekas ditutup lalu dibiarkan sehingga seminggu.

P/S***Selamat Mencuba Resepi Cikgu Tie!
***Sekali mencuba pasti 
nak buat lagi***

16 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Fairus Bin Mamat said...

TAK PERNAH MAKAN IKAN PEKASAM.. MASAM KE?

Prince Halilintar said...

prince suke gak mkn ikan pekasam..tapi puyu pekasam belum pernah try lagi..

miloais said...

buat banyak tu
buat jual gak ke???g

Cikgu Tie said...

Fairus
Rugi ler kalau tak cuba makan pekasam.Lauk yang mampu memecahkan selera makan kita....lepas ni cuba yer!masam-masam masin....tak lah masam macam asam.hehehe....

Ati Masrif said...

ikan pekasam ni
bau dia mmg mengancammm...

tp ati tak reti makan lah..hihi

Cikgu Tie said...

prince
cuba la rasa....sedap tau!

JunAina said...

nanti nak trylah...dulu pernah sekali buat dengan ikan talapia hitam, last2 buang semua tak leh makan. dah ikut petua dan resepi rupanya beras yg di goreng warnanya muda sangat!

Cikgu Tie said...

miloais
Buat untuk makan ajer...tak adalah sampai nak jualnya.kehkehkeh...

Cikgu Tie said...

ati
Nampak gaya...selera kita tak samalah yer...Cikgu tie suka la sangat makan ikan pekasam tau!

Cikgu Tie said...

JunAina
pekasam ikan talapia pun sedap gak.Nanti cuba buat lagi yer!

sal said...

kak sal pernah makan semasa di kampung..
anak saudara yang buat..
makan nasi bertambah2..
tnks berkongsi resepi yee

kak Erna said...

assalam cik gu tie..dah ada resepi pun..akak rasa masih lagi nak beli yang dah siap jugak..mesti pekasam air tangan cik gu tie lagi sedap.

apple hijau said...

suka makan ikan pekasam..tak kisah dari ikan apa pun..lebih2 lagi kalau waktu hujan....peeergh! (tetiba lapar plak..he he)

MiSsZ said...

Cikgu Tie, kasi resepi kat missz leh??

http://missz84.blogspot.com/2011/04/sumbangan-resepi.html

Nanti send leh?? plzzzzz....

MummyK said...

Apasal saya xdapat pun ikan pekasam yg cikgu tie bawa ke sekolah.... kecik hati saya....

CIK TOM said...

cik tom xpernah plk makan ikan pekasam...boleh cuba ni..tenkiu akak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci