Layan Sebentar

Followers

Monday, May 16, 2011

‘Janin’ dalam botol minuman


As salam pembaca blog Cikgu Tie!


KANGAR - Seorang peniaga dari Felda Mata Ayer dekat sini loya selepas mendapati dua botol air minuman ringan yang dijual di kedainya mempunyai bendasing yang menyerupai janin. Masyaallah......macam mana perkara begini boleh berlaku yer!  


Rodali Ismail, 50, berkata, dia menyedari kewujudan bendasing dalam salah satu botol itu selepas seorang pelanggan meletakkan minuman itu di atas kaunter ketika mahu membuat pembayaran.

Menurutnya, menyedari kewujudan bendasing itu, dia kemudiannya menggantikan botol minuman terbabit dengan yang baru sebelum dijual kepada pelanggan.

“Saya kemudiannya membawa botol itu ke tempat yang lebih terang dan bercahaya bagi membolehkan objek di dalamnya dilihat dengan lebih jelas.

“Apabila diperhati, saya terkejut apabila mendapati dua botol itu mempunyai ketulan-ketulan yang menyerupai janin. Padahal tarikh luput kedua-duanya adalah pada bulan Julai dan September tahun ini,” katanya, semalam.

Rodali berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku membabitkan air minuman sejak lebih 10 tahun berniaga.

Katanya, dia sudah berbincang dengan pihak pemborong dan pembekal yang bertanggungjawab menghantar barang ke kedainya dan mereka menawarkan sebanyak 240 botol air minuman yang sama untuk menggantikan dua botol yang rosak itu.

Bagaimanapun katanya, dia tidak bersetuju dengan cadangan pemborong itu sebaliknya memilih untuk memanjangkan perkara berkenaan kepada Jabatan Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

“Saya akan bawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi demi memberi kesedaran kepada pembeli dan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli air minuman dan makanan.

“Ia juga bertujuan memberi amaran kepada pengeluar minuman ini supaya lebih mengambil berat soal kebersihan dan keselamatan dan jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata,” katanya.



P/S: ***Cikgu Tie setuju sangat dengan tindakan tuan punya kedai itu. 
Dengan menerima tawaran 240 botol minuman yang sama untuk 
menggantikan dua botol yang rosak itu tidak memadai 
jika di bandingkan dengan berjuta-juta pengguna
 yang akan teraniaya kelak.  

Sumber: Di sini  

10 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Encik MamaT said...

sebelum tu nak ucap selamat hari cekgu kepada cekgu tie...

bagus tu... menda asing tu patut di kaji.. apakah menda tersebut... mungkin menda lain.. dan bukan janin.. minum air masak dah la pas ni.. hehehe

Kakzakie said...

Macam-macam kerenah dlm dunia hari ini. Apa sebenarnya bendasing tu? Menakutkan betul....

Syukur penjual itu tidak kelabu mata dgn tawaran tersebut.

Aimi dan Pakcik Hashim said...

giler ah

sal said...

elok benar panjangkan cerita ke jabatan yg berkaitan utk membuat siasatan yg lebih terperinci..

mcm mana perkara itu boleh terjadi yee..

Prince Halilintar said...

betul tu..time ni lah nak gunakan hak kite sbg pengguna..elok bebenor la dibawa ke jabatan yg berkaitan utk siasatan..

adan said...

memang patutu tuan kedai tu panjangkan masalah ni... bagi kesedaran sikit.

deeya said...

eeee mual pulak rasenye bila baca entry nie .. mujur toke kedai bukan mata duitan .

| cik azeya | said...

uwekk. nak muntah kalau saye yang minum. macam2 hal lah sekarang. takot. -_-

a.samad jaafar said...

hish...ada yg buang janin dalam tempat mengadun air coke tu ke /?? pelik ye..

syabas wahai tuan kedai..

ïêmå å¢klê§ said...

ee yerkkkk...
gelinya...
camner la orng blh letak janin dalam botol 2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci