
Berguru ke Padang Datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Ia pemberi paling setia
ia ibu,ia bapa juga sahabat
Jika hari ini
Seorang Perdana Menteri berkuasa
jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
seorang presiden sebuah negara
jika hari ini
seorang ulamak yang mulia
jika hari ini
seorang peguam menang bicara
jika hari ini
seorang penulis terkemuka
sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca
di mana-mana dia berdiri di muka dunia
di sebuah restoran mewah di ibu kota
di bandar tua diulu kota
dia adalah guru mewakili seribu buku
semakin terpencil hidupnya diceruk desa
semakin mengerti tugasnya terhadap negara
jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu guruku
budi yang di apungkan disulami ilmu
panggilan keramat cikgu kekal terpahat
menjadi pegangan ke akhir hayat
terima kasih cikgu
selamat hari guru
P/S**** Sajak ini sangat bermakna pada diri Cikgu Tie kerana ia mengingatkan Cikgu Tie kepada guru-guru yang pernah mengajar Cikgu Tie di suatu ketika dulu.
Selamat Hari Guru!
Selamat Hari Guru!
10 sudi komen N3 Cikgu Tie:
dah lama tak boleh masuk ke blog ni gara2 malware. Alhamdulillah malam ni cuba dapat pula.
Selamat hari Guru :)
sajak yg penuh erti..
selamat hari guru cikgu tie..
SELAMAT HARI GURU CIKGU TIE...
Sebuah nukilan penuh erti
apatah lagi seorg guru seperti cikgu tie
mengharungi hidup sebagi guru sejati
Selamat Hari Guru, cikgu tie....
Assalamualaikum cikgu...
Pastinya, namamu keramat...GURU
Tak akan tenggelam ditelan zaman
Tak akan ranap dibanjiri lautan
Tegasnya, kau tetapi suci
Kau tetap kukuh, disanubari
Moga nanti akan ada penyambung warisan
SELAMAT HARI GURU, CIKGU
(diambil dari blog saya sendiri. Cikgu bacalah selebihnya di sana nanti)
Selamat Hari Guru Cikgu Tie.. ^_^
selamat hari guru..
;)
jz blogwalking here..
zu-
selamat hari guru cikgu tie....
suke sambut hari guru kat sekolah sebab dapat tengok cikgu buat macam2 aksi best hehehe!
selamat hari guru..
moga Allah sentiasa melindungi, memberi kekuatan, kesabaran dan kesungguhan kita kita menghadapi cabaran di dunia pendidikan..
ameen.
Post a Comment