Layan Sebentar

Followers

Monday, May 9, 2011

Semoga akan berjaya lagi.....

As salam pembaca blog Cikgu tie!


Hari ni Cikgu Tie bersama beberapa orang rakan telah pergi membawa murid yang terpilih ke Karnival Bahasa Melayu yang bertempat di Sk Mergong sebagai mewakili sekolah di dalam Pertandingan Bahasa Melayu. Untuk tahun ni 5 acara sahaja yang di anjurkan:


1. Bercerita tahap 1
2. Bercerita tahap 2
3. Pidato tahap 2
4. Sajak tahap 2
5. Syair tahap 1


Dalam banyak-banyak acara nie....Cikgu Tie hanya melatih murid bercerita tahap 2 sahaja. Acara yang selebihnya, rakan seperjuangan Cikgu Tie yang tolong latihkan. 
Alhamdulillah ......berkat kesabaran guru-guru BM sekolah Cikgu Tie bersertakan kerjasama yang erat daripada semua guru, daripada 5 acara yang disertai itu, kami berjaya membawa pulang 3 piala.


Johan bercerita tahap 2
Johan sajak tahap 2
Naib johan pidato tahap 2.


Dengan kemenangan itu, secara automatik kami dipertanggung jawabkan untuk mewakili acara bercerita tahap 2 dan pidato tahap 2 pada 11.5.2011 (Rabu) yang bertempat di Sk Kebun Pinang. Seandainya kami berjaya lagi.....kami akan mewakili daerah untuk pergi bertanding ke PERINGKAT NEGERI. 


Cikgu Tie yakin dengan semangat yang ada pada guru yang melatih dan semangat yang ada pada murid yang terlibat......Sekolah kami akan terus muncul sebagai juara. Insyaallah mudah-mudahan kami berjaya. 


P/S**** Sebagai Ketua Panitia BM di sekolah kami.....Cikgu Tie doakan semoga anda berjaya dan berharap agar kerjasama yang ditunjukkan ini akan terus berkekalan sampai bila-bila terutamanya kepada S/U Cikgu Tie yang banyak membantu dan tak pernah jemu untuk bersama Cikgu Tie dalam merealisasikan setiap aktiviti dan perancangan yang telah dibuat.  

Naib Johan Pidato Tahap 2  


Johan Bercerita Tahap 2

Johan sajak tahap 2


Gambar kenangan bersama pemenang

6 sudi komen N3 Cikgu Tie:

fairus said...

wah.. syabas.. semoga lebih succes..

Cikgu Nurin said...

Semoga berjaya Cikgu Tie...

Anonymous said...

juara tu anak didik cikgu
apa kata rakam video masuk blog

Prince Halilintar said...

wah..dasyat jgk eh sekolah cikgu tie ajar ni hebat2 semua dlm pertandingan tu..tahniah2..semoga terus sukses..

miloaiskurangmanis said...

tahniah cikgu tie!

moga lebih berjaya ye...

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

bestnya, dulu masa sekolah pun saya suka pergi pertandingan macam ni, seronok, lagi seronok bila menang kan ? Dan guru yg bimbing, haruslah bangga.....! Tahniah cikgu tie !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci