Layan Sebentar

Followers

Friday, October 21, 2011

Selagi Aku Bernama Wanita


Kudupku tidak akan tunduk pada
hujan dinihari yang membelah
ketenangan


Kelopakku tidak akan layu
pada panahan
cemuhan sang mentari


Kerana aku adalah seperti kiambang
tidak akan tenggelam
di lautan cabaran segar
membenih zuriat suci mekar
menjadi warnasari yang menghiasi dunia


Dan itulah janjiku
selagi aku bernama wanita.

Nik Fara Liza
september 1996

P/S: Dah bertahun Cikgu Tie simpan sajak nie, sejak tahun 1997 lagi. Sahabat yang beri sajak nie pun sudah lama tak jumpa. Selepas berkahwin terus pergi mengikut suami tanpa mengirim khabar berita. Wahai sahabatku....walau di mana engkau berada, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu! 

3 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Anonymous said...

semoga kawan tue..
baik2 aja!

Prince Halilintar said...

lamanya simpan sajak tu...semoga cikgu tie dpt bersua muka dgnnya satu hari nnt..

fairus said...

MENARIK SAJAK TU...

BERKENAAN KAWAN PULA, MEMANG BEST KALAU DAPAT JUMPA KAWAN LAMA YANG SUDAH LAMA TAK BERJUMPA. PASTI PELBAGAI CERITA BOLEH DIBORAKKAN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci