Layan Sebentar

Followers

Thursday, January 5, 2012

Untuk kali pertama kita berjauhan.......

Alangkah bahagianya hati ini seandainya aku dapat memeluk Syamil untuk ucapkan hari lahirnya seperti selalu aku lakukan dulu. Namun apalah dayaku….saat-saat aku berjauhan dengan Syamil telah tiba. Nak tak nak demi masa depannya terpaksalah aku korbankan perasaan sedih dan pedih ini. Aku tahu syamil juga begitu….aku nampak ketika dia menahan sebak untuk melepaskan aku pulang sewaktu meninggalnya di asrama baru-baru ini, biarpun dia cuba untuk menyembunyikannya.  

“Jangan menoleh ke belakang lagi sayang….teruskan perjuanganmu. Bukan abang saja terpaksa tinggalkan keluarga…kawan-kawan seperjuangan abang juga begitu. Itulah kehidupan yang sebenar untuk abang menjadi orang berguna di masa depan. Ibu akan selalu mendoakan kejayaan abang. Percayalah….Ibu menghantar abang ke asrama bukan kerana ibu tak sayang abang seperti mana yang abang tanya ibu sehari sebelum abang pergi. Sabarlah sayang….mungkin masa dan waktu yang dapat mengubati rasa rindu ini kerana lama-kelamaan abang biasa dengan kehidupan di sana tanpa ibu dan ibu harap ibu juga begitu.”

P/S: Selamat hari lahir Syamil….Ibu akan selalu mendoakan kejayaan abang di dunia dan di akhirat. Ketika ini abang sedang berada di lombong ilmu juga di kalangan orang-orang yang berilmu…ambilah peluang ini untuk mengaut ilmu itu sebanyak yang mungkin. Pandai-pandailah menjaga diri dan selalulah ingat pesanan ibu dan abah agar jangan melengahkan sembahyang dan sentiasa bijak dalam membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. 

Pintu pagar sekolah Syamil

Wajah sedih semasa perjalanan hari pertama ke asrama

Senyumnya nampak macam dibuat-buat ajerkan!

Sempat lagi dia posing belakang kereta yer...

Depan pagar asrama Syamil

20 sudi komen N3 Cikgu Tie:

fairus said...

TAKPELAH.. DIA PERGIPUN UNTUK BELAJAR... DOAKAN KEJAYAAN DIA.. MAK DIA JANGAN LE SEDIH2.. ;)

aReLaN said...

all the best for him.kehidupan asrama leh ajar banyak benda. yang penting jangan salah pilih geng.

miloais milo said...

dah besar anak cikgu tie...

happy birthday to him...
semoga berjaya dalam pelajaran...

Kakzakie said...

Cikgu... kakak 3hb lepas pun hantar yg sulung masuk tingkatan 4. Sekolah sama dari tingkatan 1-3. Minggu depan ini hantar yg no. 2 pulak. Baru masuk tingkatan 1 berlaianan sekolah. Hati dah mula terasa sebak dah dari hari beli perkakasan nak bawa ke asrama...

Buat Syamil happy birthday sayang. Auntie doakan yg terbaik sebagaimna harapan setiap ibu-bapa...

Cik Bib said...

heh...perpisahan sementara. untuk mencapai impian ibunya juge. heh~

good luck ya~

Cikgu Tie said...

@fairus Insya-Allah...Mudah-mudahan nanti kesedihan ini akan reda dan pulih kembali.

Cikgu Tie said...

@aReLaN Mesti ada banyak pengalaman tinggal di asrama kann....doakan Syamil rajin belajar dan pandai macam arelan yer!

Cikgu Tie said...

@miloais milo Aminn...terima kasih kerana mendoakan syamil.

Cikgu Tie said...

@Kakzakie Betul tu kak zakie...rasa berat betul nak berjauhan dengan mereka. Semoga anak-anak kita berjaya menyesuaikan diri di asrama.

Cikgu Tie said...

@Cik Bib memang betul tu...tapi dah teringat nak buat macam mana kannn.hehehe......

Tiramisu Fatiema said...

selamat hari lahir syamil...doakan yg terbaik utk masa depan die..

Yatie Awang said...

perasaan ibu memang tak dapat dibohongikan...tapi itulah sampai satu ketika kita terpaksa lepaskan jua..semoga Syamil berjaya dan selamat hari lahir

cun09 said...

salam sahabat...

kehidupan untuk anakanda belajar byk perkara...asrama

sal said...

moga anak terus kuat melangkah..

Cikgu Ma said...

anak dapt 5A ni dapat masuk SMKAK..tahniah..jgn sedih...dia p blajaq..kt kedah jgk kan..=)

oh blogger

L said...

huhu. hebad r tuh.. kita sekolah atap jer dari kecik2... sampai ke tua bngka.. bagos2

Jom baca kejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

Liza Razak said...

sedeynye baca entry akak ni..

Queenie said...

tsk! sedihnya..

camtu lah yg akak rasa tiapkali berjauhan ngan anak2...

tahniah syamil dan happy belated b'day...moga terus berjaya ya nak...

L said...

jom renung2kan..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html

Chik Att said...

mak jangan sedih2 ...

hujung2 minggu boleh jenguk lepaskan rindu.

Kita la ni ...susah hatikan jika dok berjauhan ngan anak..

Mak ayah kita dulu cool ja... time antaq kita dok asrama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci