Layan Sebentar

Followers

Friday, March 30, 2012

Rezeki Yang Tak Terduga......

As salam pembaca blog Cikgu Tie!


Karnival Kokurikulum Akedemik Bahasa Melayu Peringkat PKG Telok Kechai telah diadakan baru-baru ini bertempat di SK Mergong. Lima acara telah dipertandingkan iaitu acara Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2, Pidato Tahap 2, Sajak Tahap 2 dan Syair Tahap 1. Sekolah Cikgu Tie (SKJP) telah menyertai ke semua acara tersebut.


Seperti biasa, Cikgu Tie hanya melatih murid Bercerita Tahap 2 sahaja. Acara yang selebihnya, rakan seperjuangan Cikgu Tie yang tolong latihkan.

Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami......berkat kesabaran guru-guru BM sekolah Cikgu Tie bersertakan kerjasama yang erat daripada semua guru, daripada 5 acara yang disertai itu, SKJP berjaya membolot tempat pertama bagi empat acara daripada lima yang dipertandingkan iaitu:


Johan Bercerita 1
Johan Bercerita Tahap 2
Johan Pidato Tahap 2
Johan Syair Tahap 1


Inilah kali pertama SKJP menjadi JOHAN untuk empat acara sekaligus.Secara tak langsung SKJP menjadi Juara Keseluruhan Peringkat PKG Telok Kechai untuk 2 tahun berturut-turut. Dengan kejayaan ini ....SKJP akan mewakili PKG Telok Kechai untuk bertanding di Peringkat Daerah nanti.


P/S***Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga akan berjaya juga di Peringkat Daerah nanti.

6 sudi komen N3 Cikgu Tie:

che mid said...

tahniah..hilang penat bila dah berjaya, tp kena kerja lebih kuat utk daerah pulak.. chaiyok

fairus said...

TAHNIAH KEPADA PEMENANG.. TAHNIAH JUGA KEPADA GURU2 YANG MENGAJARNYA...

WAH.. LAMA BENAR CIKGU TAK MENULIS BLOG.. SIBUK AGAKNYA.

Kakzakie said...

Tahniah cikgu... kakak tengok airmuka budak-budak itu pun tahu mereka cerdik - pandai cikgu pilih budak utk jadi wakil sekolah...

sal said...

tahniah..bertuah...rasa penat pun hilang ,apb mrk berjaya..sekali lagi tahniah untuk semua dan cikgu tie..

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. seronok dengar.. Tahniah ye..

Salam kenal juga.. thanks singgah di blog saya... :)

geez said...

Tahniah cikgu....^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!

Bacaan Ayat-ayat suci