Assalamualaikum!
Cuba anda bayangkan seandainya kehidupan kita tidak mempunyai sebarang keinginan dan harapan!!!!????
Tentu kehidupan kita akan terasa kosong,hampa,kaku serta tiada bermakna kerana tiada sebarang keinginan dan tiada sebarang harapan untuk diperjuangkan.
Jika ada manusia yang hidup tanpanya tentu kehidupannya terlalu hambar, penuh dengan kekecewaan, sunyi dari ketenangan apatah lagi kebahagiaan.Untuk bangkit dan sedar,untuk berubah dan bergerak modalnya ialah keinginan dan harapan.
Terus terang Cikgu Tie katakan......
Bahawa Cikgu Tie tak sanggup untuk hidup tanpa adanya keinginan dan harapan kerana bagi cikgu tie,Manusia yang tidak memiliki harapan tidak akan melakukan seuatu perubahan untuk dirinya apatah lagi untuk orang lain. Manusia tanpa kemahuan ialah manusia yang bertemu hari hari yang sama di dalam kehidupannya; tidak ada hari-hari yang baru melainkan hari-hari suram yang menjemukan.
Cikgu Tie juga sangat suka berangan-angan untuk mendapatkan sesuatu kerana bermula dengan angan-anganlah kita akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan sesuatu yang kita angankan.
8 sudi komen N3 Cikgu Tie:
prince sependapat dgn cikgu tie..tanpa keinginan dan harapan kite tiada arah tuju..kite gak xdpt nk merealisasikan setiap impian dan menerpa kejayaan dunia mahupun akhirat..
saya setuju dgn cikgu tie dan prince halilintar,
berangan, berusaha dan berdoa tangga kejayaan.
Prince halilintar.....
Semoga akan dipemudahkan kita untuk mencapai setiap keinginan dan harapan.
shida mj....
Harap-harap kejayaan akan menjadi milik kita.
Yang penting selalu berusaha dan berdoa untuk mencapai setiap keinginan dan harapan kita.
angan itu penting kerana menjadi pendorong utk kita mencapainya..
jgn angan2 mat jenin sudaaa...hehe
salam ziarah dan kenalan.terima kasih sudi singgah ye.
Memang semua manusia ada kemahuan dan keinginan.Saya pun ada. Tapi tak besar mana pun.cuma satu nak jadi insan yang tak lalai suruhan Allah, dan dapat berbahagia ngan keluarga tersayang. itu je.
Sarah-najwan....
Kalau sekadar angan2 mat jenin,sampai bila2 pun tak leh nak capai kan!hehehe....
Cik Ina....
Cikgu Tie doakan semoga Cik Ina tercapai segala yang inginkan.
Insyaallah,mudah-mudahan....
Post a Comment