1. Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh
Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin.Orang yang tidak teguh imannya dan sentiasa berubah mengikut keadaan.Mereka sangat mudah mengikut dan terpengaruh dengan keadaan persekitaran.
2. Tindak tanduk Yang Sentiasa Berubah
Orang munafik boleh diibaratkan sebagai pelakon yang hebat.Ketika dia bersama orang yang beribadat,dia akan turut malakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya.Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak,dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.
3. Tidak Tetap Kata
Dia sentiasa mengubah pendiriannya.Sewaktu bersama dengan orang Mukmin lainnya,dia akan memuji-muji islam dan menyatakan ketaatannya kepada ajaran tersebut tetapi di belakang orang Mukmin,secara senyap,dia akan menghina islam.
4. Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas
Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa,dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.
5. Jiwanya Tidak Tenteram
Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hati.
6. Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup
mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan.Bagi orang munafik,akhirat hanyalah satu mitos dan khayalan.
Setelah membaca tanda-tanda yang Cikgu Tie tuliskan ini,dapatkah anda bayangkan......betapa hinanya jika kita tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh dengan kepura-puraan.Lagipun balasan di akhirat amatlah berat.
Seandainya tanda-tanda itu dirasai ada dalam diri kita.....jom pakat-pakatlah kita insaf dan bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka.
INSYAALLAH......KETENANGAN AKAN DAPAT KITA RASAI SEANDAINYA KITA SENTIASA IKHLAS DALAM MEMBUAT SESUATU.
Sumber>>>>Indahnya Hidup Bersyariat-modul fardu ain diri,keluarga dan masyarakat sepanjang hayat
Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
Telur Masak Kicap Air Tangan Suami Misali
2 days ago
6 sudi komen N3 Cikgu Tie:
lama dok tgk buku tu.. lama dah nak beli... tak ble jadi ni.. bulan ni kena target... hehe.. orang munafik ibarat api dalam sekam.. gunting dalam lipatan.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
dulu masa belajar..inagt lagi kata ustaz...nak kenal membezakan munafik dan tak, tu tengok kalau dia sembahyang isyak dan subuh BERJEMAAH, bersaksilah bahawa dia bukan dari golongan munafik..sebab susah bagi munafik ni nak sembahyang jemaah terutamanya isyak dan subuh...
Buku ni memang bagus Encik Mamat.Tak rugi kalau beli.Boleh digunakan sebagai rujukan sepanjang hayat.
Alhamdulillah...berkesan ilmu ustaz tu bagi kat Fadli yer...boleh ingat sampai sekarang.
Semoga Cikgu Tie juga berjaya mengajar anak didik dengan berkesan.
info yang berguna ni..
harap dapat buang mana yang buruk
Insyaallah....
Semoga Allah jauhkan kita daripada jadi orang munafik ya Ati!
Post a Comment