Layan Sebentar

Followers

Saturday, January 15, 2011

BETUL KE ANAK KITA SUDAH BALIGH????

As salam!


N3 nie Cikgu Tie buat khas buat ibu-ibu dan bapa-bapa yang di mana anak-anak  mereka  akan menuju ke alam remaja.Semoga info ini dapat kita manfaatkan bersama.Insyaallah....


Anak-anak yang berumur belasan tahun dikira sudah memasuki alam remaja di mana akan berlakunya perubahan fizikal yang cepat serta mendekatkan anak-anak lelaki dan perempuan kepada alam baligh yang harus dilalui oleh setiap insan.


Perkembangan individu di peringkat ini wajar pula diiringi oleh kefahaman tentang iman dan islam yang lebih sempurna dan bermakna.Pada tahap baligh,segala amal perbuatan bagi lelaki dan perempuan islam mula diperhitungkan.


TANDA-TANDA BALIGH


1. Jika seorang anak lelaki telah mencapai usia 12 hingga 15 tahun, maka pendidik atau ibu bapa mestilah menjelaskan kepadanya tentang tanda baligh iaitu apabila keluar air mani (sedah punya syahwat) melalui mimpi yang lain daripada biasa.Mulai saat itu si anak telah baligh(cukup umur) dan mukalaf(dibebani) oleh hukum-hukum syarak sepertimana halnya orang dewasa.


2. Bagi anak perempuan pula,penjaga mestilah menjelaskan kepada anak gadis tentang tanda-tanda baligh apabila ia berusia sembilan tahun ke atas.Apabila mendapati darah haid keluar dari kemaluannya,bererti ia telah baligh.Kadang-kadang tanda balighnya malalui mimpi.Hal ini dapat dikesan jika mendapati air halus berwarna kuning pada kainnya apabila ia sedar daripada tidur(setelah mengalami kelainan mimpi daripada biasa.


Apabila melangkah ke alam baligh,anak-anak lelaki perlu diberi bimbingan yang sempurna oleh ibu bapa atau pendidik supaya melaksanakan mandi hadas untuk mengangkat hadas besarnya.Sementara anak gadis pula diberi bimbingan dan ingatan supaya mandi hadas setelah selesai tempoh haid sesingkat 1 hari dan maksima 15 hari.


Dengan bermulanya alam baligh bagi lelaki dan perempuan ini,maka berkewajipanlah mereka menunaikan segala hak dan tanggungjawab sebagaimana yang disyariatkan oleh islam seperti menutup aurat dan menjauhi pergaulan bebas.




Sumber>>>>Indahnya Hidup Bersyariat-modul fardu ain diri,keluarga dan masyarakat sepanjang hayat
                    Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid 

2 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Unknown said...

mesti tekanan ibu2 utk ank2 remaja akil baligh lebih hebat dr ibu2 yg ank2 masih kecil kn?..saat itu terkenang bgmana situasi yg sama ibu kita lalui tatkala membesarkan kita..*sigh*..

Cikgu Tie said...

Betul tu aisyah,Cikgu Tie pun rasa macam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci