Layan Sebentar

Followers

Saturday, February 5, 2011

Berapa lamakah kita perlu tidur?


Salam pembaca blog Cikgu Tie!


Cikgu Tie nak tanya.....
Anda termasuk dalam golongan banyak tidur atau kurang tidur?
Kalau nak tahu......
Kurang tidur ataupun banyak tidur, kedua-duanya adalah tidak baik kepada anda.


Tidur yang cukup meningkatkan keupayaan, mengurangkan tekanan serta memperbaiki kerosakan pada sel di samping membina sel-sel baru dalam diri kita.Walau pun kita tidur,tetapi sebenarnya otak kita terus bekerja menyusun semula ingatan.Sebab itulah selepas tidur otak anda lebih segar dan anda dapat berfikir dengan cepat dan baik.


Kurang tidur menyebabkan.......
* Kepala terasa berat,tidak segar dan mengantuk.
* Prestasi menurun,mudah tersinggung,kurang tumpuan dan mengantuk.
* Kurang cergas,kurang berhati-hati,otak lembab dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam 
   kelas.


P/S**Kanak-kanak berusia antara 6 hingga 9 tahun memerlukan 10 jam masa untuk tidur manakala yang berusia  antara 10 hingga 12 tahun dan juga remaja memerlukan 8 hingga 9 jam masa untuk tidur.


Orang dewasa....hanya memerlukan 7 hingga 8 jam sahaja.Namun demikian kebanyakkan orang yang pintar dan bijak pandai hanya tidur lima jam sahaja.

12 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Unknown said...

saya tidur waktu malam je..
siang2 tak boleh tidur..
tak biasa kot..

terima kasih berkongsi..:)

Cikgu Nurin said...

Ha haa saya orang bijak, sebab tidur lima jam saja..hi hi hi....mana tak lima jam...kita lah cikgu, kitalah ibu, kitalah jaga suami anak anak...apa pun bersyukur...

Tq sudi singgah n beri komen, harap ukhwah berkekalan hendaknya...Owh..da follow Ciktu Tie juga...

amalhaj said...

salam ziarah cikgu oiiii. ngintei2 daghi jauh dulu. len kali bile teman tandang lekas2 nengget ayo wat ayor angat yer.....

bib2426 said...

saya kalo bab tido ikot jam kanak².
tapi kalo bab makan..ikot org dewasa.
hahahahaha...

Ati Masrif said...

selalu malam tido lewat
so dpt lah 5 jam

Fairus Bin Mamat said...

SAYA PULAK SEORANG YANG SUKAR TIDO MALAM.. TIME TIDO MESTI 12 AM KE ATAS.. SUSAH SUNGGUH NAK LELAP MATA..

Cikgu Tie said...

diana...
Bestnya kalau Cikgu Tie pun tak perlu tidur siang macam diana.
Malangnya,tidur siang dah jadi macam keperluan pulak walaupun untuk 15 minit.

Cikgu Tie said...

Bagus tu Cikgu Nurin...
Itu maknanya serba boleh.

Cikgu Tie said...

amalhaj...
ok,no problem.

Cikgu Tie said...

Cikbib...
jaga-jaga,takut naik berat badan.hehehe..

Cikgu Tie said...

Ati....
5 jam waktu tidur utk org bijak tu.
bijak,bijak.

Cikgu Tie said...

Fairus...
Kenapa susah tidur yer...
Ni mesti duk selalu update blog time tu.bila dah jadi kebiasaan duk berjaga time tu...payah ler nak tidur.Ewah....duk serkap jarang la pulak.hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci