N3 kali ni Cikgu Tie nak berkongsi dengan anda tentang kejujuran.
Apa itu jujur????
Jujur adalah suatu sifat yang terpuji dan patut diamalkan setiap masa dalam kehidupan kita.
Di sini Cikgu Tie nak fokus tentang bagaimana dan kenapa harus jujur terhadap diri sendiri.
Bagaimana anda hendak jujur dengan diri sendiri?
1. Apabila anda melakukan sesuatu,hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas.
2. Anda tidak akan berbohong ataupun menipu terhadap sesuatu perbuatan.
Kenapa anda harus jujur terhadap diri sendiri?
1. Anda akan dilihat sebagai seorang yang ikhlas dan suka berterus terang,justeru akan dikagumi dan disenangi oleh sahabat-handai kerana anda boleh dipercayai,amanah serta jujur.
2. Anda akan menjadi tenang dan redha menerima takdir atau sebarang kegagalan mahupun musibah.
Pada pendapat Cikgu Tie.......jika semua orang berlaku jujur terhadap diri sendiri ,sudah pasti tidak berlaku sebarang pertengkaran,pertelagahan,pergaduhan dan juga peperangan.Makna kata kejujuran itu mampu mendamaikan hati setiap insan di seluruh muka bumi ini.
Persoalannya....mampukah kita untuk menjadi seorang insan yang benar-benar jujur dan sentiasa jujur dalam menjalani kehidupan seharian????
Tepuk dada,tanyalah hati.
10 sudi komen N3 Cikgu Tie:
ehem...
kadang2 kita pun tak jujur..
hehe..susah jugakan
cakap mmg senang
^____^
saya tak tahu la saya ni jenis yang jujur atau tak... saya kadang2 tak pandai nak jujur sebab nak jaga hati kawan... tapi kalu jujur pada diri sendiri... sy tak fikir pulak... adakah saya pernah jujur dengan diri saya atau tidak...?
ati...
memang susahkan nak jujur dgn diri sendiri,kadang-kadang terpaksa berlakon juga demi untuk kebaikan bersama.
Azmi...
sememangnya kejujuran itu terlalu sukar untuk kita laksanakan.Memang payah sebenarnya untuk kita jujur dan menerima kejujuran kerana ianya sesuatu yang sukar lihat dengan mata kasar.
hahaa... lucu la... azmi tu nama ayah saya... slalu jugak org cakap macam tu...
penah skali ada yang tanya nama, saya jawab la AZRUL AZMI... lepas tu dia tanya 'bin' apa... ada ka patut...
so nama penuh saya, AZRUL BIN AZMI...
Untuk berlaku jujur dgn kate2 prince berpendapat sesorg kene bersihkan hati dan fikiran dahulu, jika hati bersih disusuli niat yg murni insyaAllah luahan yang dilontarkan juga adalah ikhlas.
Azrul...
Maaf yer,Cikgu tie tak perasan.ingatkan nama penuh Azrul Azmi.hehehe....
prince... betul la tu. Cikgu setuju sangat.
JUJUR PADA DIRI SENDIRI BERMAKSUD KITA RESPEK KAT DIRI KITA SENDIRI. KALAU KITA TIDAK RESPEK PADA DIRI KITA SENDIRI BERMAKNA KITA TIDAK... TIDAK.. TIDAK APE YE? HHHAAA... BERMAKNA KITA NI MENIPU DIRI KITA SENDIRI..
Fairus.....
Sebab tu la kita jadi kena orang jujur pada diri sendiri.
Tapi tu laa.....
agak susah jugak kann....sebab adakalanya demi untuk kebaikan keadaan memaksa kita untuk menjadi seorang terpaksa berpura-pura.
Post a Comment