Layan Sebentar

Followers

Tuesday, March 15, 2011

Contest:Definisi Cinta

As Salam pembaca blog Cikgu Tie!


Hari nie Cikgu Tie ditag oleh Akak Nora untuk menyertai contest definisi cinta.
Cikgu Tie sebenarnya tak pandai sangat pasal cinta nie....(boleh caya ker?).hehehe....
Tahu ler cinta tu...cuma tak pandai nak ungkap.....tapi nak cuba juga lerrr.......
 kalau anda nak cuba  boleh klik banner nie

Jom baca definisi cinta Cikgu Tie!

CINTA ........
Cinta itu sebenarnya sesuatu yang sukar untuk dimengertikan dan payah untuk diungkapkan dengan kata-kata.Cinta bukanlah sesuatu yang boleh kita adakan atau boleh dipaksa tetapi cinta itu hadir dengan sendiri tanpa kita sedar dan tanpa perlu kita mencarinya.


Kita hanya akan sedar tentang kehadirannya ketika hati kita terasa berdebar-debar ketika bertemu dengannya(orang yang dicintai)dan terasa rindu yang amat seandainya sedetik tidak bertemu atau  mendengar berita tentangnya.Rindu yang hadir itu merupa satu keinginan pada sebuah penemuan cinta.


Kita tidak perlukan seseorang yang sempurna untuk bercinta tetapi kita perlukan seseorang yang mampu membuat kita rasa sempurna bila bersama dengannya.Percayalah bahawa cinta mampu membuat kita memandangnya sebagai orang yang paling sempurna dalam hidup kita.Di hati kita akan hanya ada dia dan setiap apa yang kita lakukan semuanya kerana inginkan dia merasa bahagia sehingga kadang-kadang kita sanggup lupakan kebahagiaan kita demi untuknya.Di sinilah punca malangnya seseorang jika ditakdir memiliki cinta plastik yang sekadar ingin mengambil kesempatan.Semoga dijauhkan.......


Cinta sebenarnya terlalu banyak menuntut pengorbanan.Bukan semua cinta berakhir dengan kebahagian sebaliknya banyak juga cinta yang berakhir dengan tragedi yang memberi kesan yang amat dalam untuk meneruskan kehidupan sehingga ada yang serik lalu berkeputusan untuk terus membujang hingga ke akhir hayat.Bagi orang yang  nipis imannya dan kurang sabarnya sanggup mengakhiri episod cinta dengan kematian.


Pada pendapat Cikgu Tie.....mencintai seseorang tidak semestinya  untuk memilikinya.Dengan kata lain...mencintai seseorang bukanlah bererti memilikinya.Sesungguhnya bercinta itu tidak semestinya dapat bersatu.Segalanya bergantung kepada jodoh.Jika ditakdirkan bukan jodoh kita....relakanlah.Biarlah segalanya tersimpan begitu saja dan jangan sekali-kali meluahkannya.Ada baiknyanya cinta itu disimpan daripada melahirkan rasa cinta yang akan menggugat kebahagiaan banyak pihak.


P/S***Semoga Cinta Cikgu Tie  bersama suami akan kekal dan kukuh
 hingga ke hujung nyawa. 

 Di sini Cikgu Tie nak tag kepada 3 orang sahabat.Harap-harap sudilah yer!


Ati Masrif


Cikgu Nurin


Prince Halilintar

32 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Farie said...

cinta sangat menguji kesabaran.. T_T

ps : goodluck cikgu tie!

Hafiz Hafizol said...

waa.... sedey plak bace nie... hehehe

amny said...

goosluck ye..:)

kasihredha said...

tak sabar nak baca dari ati & cikgu nurin pula tentang cinta :)

nana said...

thnx cikgu tie,,udah bace,,best of luck k,,

intan.maisarah said...

selamat maju jaya

miloaiskurangmanis said...

good luck tie!
nice entry uols ni...

Kakzakie Purvit said...

Kakak menanti 3 teman blogger punya persepsi tentang cinta. Best juga nie. Jawab jangan tak jawab....:)

Sham said...

good luck cikgu tie...moga cikgu tie kekal bahagia bersama suami tercinta...

matahati-aishahazhar said...

cinta kadang kala melalaikan..

Cikgu Nurin said...

Huk Alohh..baru on9 ni Cikgu Tie..dah tutup ker?anyway tq....

NM02 said...

hai cikgu tie,

maceh banyak sebab sudi singgah umh saya dan tinggal komen sekali.

salam kenal dari saya jugak ni cikgu. nnt kalu sudi, follow le saya plak ye.. hehehe

Prince Halilintar said...

cinta memang indah dan bahagia jika cinta hakiki kita sandarkan padaNya..

alamak..prince kene tag jgk ke..pernah bercinta ke prince ni???hehe

NM02 said...

yey... cikgu dah serang balas... makaceh

My MiRa said...

hehhehe waah2......bila cikgu tie berbicara tentang cinta...eheh

Fairus Bin Mamat said...

ADA APA DENGAN CINTA ?

Cikgu Tie said...

Farie...
cinta memang memerlukan kesabaran.

Cikgu Tie said...

hafiz....
mudahnya sedih!

Cikgu Tie said...

amny...
terima kasih yer!

Cikgu Tie said...

kasihredha...
Cikgu tie pun tak sabar juga.tapi tu lah...senyap ajer pun depa.

Cikgu Tie said...

miszpathetic .......
mudah-mudahan....

Cikgu Tie said...

intan....
terima kasih yer!

Cikgu Tie said...

miloais....
terima kasih yer!

Cikgu Tie said...

kakzakie...
sama-samalah kita menunggu.

Cikgu Tie said...

Sham...
Terima kasih...kerana sudi mendoakan kebahagiaan cikgu tie bersama suami.

Cikgu Tie said...

ratu kebaya....
cinta juga membahagiakan kita.

Cikgu Tie said...

cikgu nurin...
sentiasa terbuka.hehehe.....

Cikgu Tie said...

NM02....
Cikgu tie dah p follow dah.

Cikgu Tie said...

Prince.....
Tak percayalah kalau kata tak pernah bercinta.

Cikgu Tie said...

My Mira.....
jangan tak percaya pulak yer!

Cikgu Tie said...

My Mira.....
jangan tak percaya pulak yer!

Cikgu Tie said...

Fairus...
macam-macam ada!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci