As Salam pembaca blog Cikgu Tie!
Entahlah mengapa,mungkin kerana tak pandai merancang atau mengurus waktu sehingga masaku kini semakin padat.Setiap hari yang ku lalui terasa seperti tiada ruang untuk bersantai atau berehat-rehat bagi memanjakan diri.Hari-hariku habis dengan mengisi aktiviti harian yang perlu aku laksanakan seperti tanggungjawabku sebagai seorang guru,tanggungjawabku sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu.menguruskan hal rumah tangga dan menjayakan bisnes sambilanku.
Mampukah aku untuk melaksanakan semua itu dalam satu masa?
Sebenarnya....aku tak sepatutnya mengeluh atau merungut begini.Apatah lagi untuk menyesali keadaan ini kerana semua ini berlaku kerana kemahuanku sendiri.Aku yang berjanji untuk merelakan kesibukkan ini seandainya bisnes ini aku mulakan.Aku sendiri yang berjanji pada diri sendiri untuk menjadi seorang guru yang mampu menjalankan tugas dengan sempurna,Aku sendiri yang amat berharap agar memiliki keluarga yang bahagia dan aku sendiri yang selalu bercita-cita supaya dapat memiliki segulung ijazah.
Mungkin aku memerlukan sedikit waktu untuk menyesuaikan diri dengan segala keadaan ini.Seperti kata suamiku "jika orang lain boleh,mengapa kita tidak?".Aku cuma memerlukan sedikit keyakinan diri dan berusaha untuk merancang dan mengurus waktu dengan sebaik mungkin.
Semoga Allah akan permudahkan segala urusanku untuk didunia dan diakhirat.Insyaallah.....mudah-mudahan.
P/S: Maaf seandainya tak mampu untuk selalu blogwalking bersama-sama dengan anda lagi.Bagaimanapun akan ku cuba meluangkan waktu untuk update blog Destinasi Cikgu Tie.
Ainnur Afiah Juara 400 Meter
18 hours ago
7 sudi komen N3 Cikgu Tie:
Dahulukanlah mana yang penting dan jangan lupa jaga kesihatan, ya? :)
WAH.. ADA BUAT SIDE BISNES TU.. BISNES APE?
setiap perkara memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan pasti ada balasan...
kenelah bijak menguruskan waktu supaya tak bazirkan mase yg begitu emas ini..
dah tak sibuk nanti, singgah2 la jenguk umh saya ye... *__*
insyaAllah cikgu boleh handle semua tue..maybe boleh listkan apa yang perlu dilakukan (jadual) supaya masa yang disusun lebih teratur...sekadar pandangan..huhu ^_^
adui, banyaknya tanggungjawab.. takpe cikgu mesti boleh lakukan, dimana ada kemahuan disitu ada jalan kan...
Post a Comment