Layan Sebentar

Followers

Monday, March 7, 2011

Pemilihan Program Pensiswazahan Guru (PPG) berat sebelah..........

Assalamualaikum!

Hari nie Cikgu Tie terbaca berita tentang perasaan tidak puas hati di kalangan guru yang mendakwa gagal menyertai Program Pensiswazahan Guru (PPG) di akhbar  Berita Harian .

Beberapa orang guru yang memohon program mengikuti sesi pengajian Mac 2011 mendakwa berlaku amalan berat sebelah sehingga permohonan ditolak.

Seorang guru dari Perak, berkata dia sudah tiga kali mengemukakan permohonan mengikuti PPG tetapi sehingga kini permohonannya ditolak biarpun mencapai purata SKT melebihi 80 peratus.
Masing-masing menggesa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telus dalam pemilihan calon sekali gus mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.

Entahlah.....
Pada pendapat Cikgu Tie mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan permohonan mereka ditolak.Guru tersebut harus menyelidiki terlebih dahulu sebab-sebab dan mengapa permohonannya ditolak walau sudah memohon sebanyak 3 kali.Mungkin tidak dapat memenuhi syarat yang telah ditetapkan terutamanya sokongan daripada guru besar sekolah tersebut.....Kadang-kadang kita kata kita hebat tapi ada orang lain yang lebih hebat daripada kita.Atau mungkin juga belum menjadi rezeki kita.  

Nasihat Cikgu Tie.....Bersabarlah dan jangan mudah berputus asa.Cubalah untuk memohon lagi nanti kerana selepas ni mungkin menjadi rezeki kita pulak.Siapa tahu kannn?


P/S***Alhamdulillah,dengan izin Allah semua 11 orang guru yang memohon 
di sekolah Cikgu Tie berjaya mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG).
Mungkin berkat kesabaran dan semangat tidak mudah berputus asa guru-guru tersebut yang ada di antaranya
 yang memohon sebanyak 2 kali dan ada juga yang 3 kali.
Sokongan penuh daripada guru besar juga banyak membantu
 guru-guru yang memohon.Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada 
Datin Hj Rusna
 yang merupakan guru besar 
yang banyak memberi sokongan dan kata semangat demi 
untuk melihat kejayaan guru-guru di bawah naungannya berjuang 
untuk neningkatkan taraf pendidikan masing-masing ke MENARA GADING..
Syukur sangat-sangat.

16 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Fairus Bin Mamat said...

SAYA PERNAH JADI CIKGU SANDARAN DI 3 BUAH SEKOLAH.. MEMANG ADA GURU2 DENGAN PENTADBIR YANG TAK NGAM.. MACAM2 AR..

Cikgu Nurin said...

HHmmmm...mmg susah nak puaskan hati semua pihak...akak sebelum belajar ni, 4 kali memohon..kdg2 rasa marah, bila ada orang memohon sekali je, dah lulus...ni kira bab rezeki juga...Allah belum nak bagi...

amalhaj said...

rezeki rezeki jugak! ape yang penting kalo layak kene caghi kabel gak..... dunia dunia......

Prince Halilintar said...

rezeki semua Tuhan dah tentukan..kita hanya berusaha dan bertawakal kepadaNya..

Cool said...

emm...kroni oh kroni...

miloaiskurangmanis said...

kesian pada guru2 yg tak berjaya tu
mesti ada yg patah semangat lepas ni...
nak plak kalo syarat2 dah di patuhi sepenuhnya...

adakah masih ada kronism???

Anaasuria said...

cikgu2 yang tak berjaya tu jangan ler putus asa, cuba lagi.. usaha cam mana pun, kalau Allah kata belum rezeki belum lagi la tuh.. kena banyak sabor dan redha.. yang penting kerja kena ikhlas..

ton mohd azhar said...

aku 6 kali mohon.kali ke7 baru dpt.skt over 90%.guru besar sokong.tp x tau nape x dpt2.yg penting jgn berputus asa.kuasa Allah semua tu.takat mohon 2,3kali x dpt nk masuk paper.hello..dlm hidup ni,nk nyalahkan org lain mmg mudah.susah la kalo x dpt je ckp x adil.kalo dpt,reti ke nk bersyukur.ingt pun x

Cikgu Tie said...

fairus...
memang pun,bukan sekolah saja...mana-mana jabatan pun macam tu la kannn!

Cikgu Tie said...

Cikgu Nurin....
Betul tu,kalau ada rezeki tu ada la kannn!

Cikgu Tie said...

Ajmahal...
ya ker....11 org guru yang berjaya ditawarkan kat sekolah Cikgu Tie,tak ada pulak yang pakai kabel.Mungkin dah rezeki kot.

Cikgu Tie said...

Prince....
setuju sangat2 dgn prince.

Cikgu Tie said...

Huraizah.....
Pakai kroni kalau cukup syarat okey jugak la,yang tak tahan tu kalau tak cukup syarat dapat kerana ada kroni.Cikgu tie memang tak boleh terima kalau berlaku situasi yang macam nie.

Cikgu Tie said...

miloais....
Buat apa nak putus asa.Cuba lagi....tiba masa ada la rezekinya.

Cikgu Tie said...

Aanas....
sutuju dgn Aanas....keikhlasan tu penting.

Cikgu Tie said...

ton....
mu memang hebat,betul-betul semangat nie.kalaulah semua org berfikir macam mu!!!???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci