Layan Sebentar

Followers

Saturday, March 19, 2011

Rahsia awet muda

As Salam pembaca blog Cikgu Tie!


SIAPA yang tidak terganggu memikirkan usia semakin meningkat. Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah, tidak berdaya, cerewet, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebih selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menjenguk atau menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh saat persaraan.


Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan, tetapi ia boleh dilengahkan. Pakar perubatan hari ini tidak lagi mentakrifkan tua berdasarkan umur biologi (angka), sebaliknya lebih melihat kepada tahap kesihatan seseorang.


Ramai tidak sedar banyak yang boleh dilakukan individu untuk kekal aktif dan sihat dalam meniti usia tua. Risiko dan beban penyakit kronik meningkat dengan pertambahan warga tua. Begitupun ia boleh dicegah sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat, saringan kesihatan tahunan pada peringkat awal bagi mengesan penyakit dan melengahkan merebaknya penyakit dengan perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan seimbang. 


Nak tak ambil petua untuk kekal muda?
Jika berhajad.....jom baca petuanya!


Petua kekal muda 


  • Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal cergas dengan memastikan fizikal dan mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif 




  • Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan 




  • Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang 




  • Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan 




  • Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan alkohol 




  • Kekalkan harga diri - bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muka 




  • P/S***Mudah-mudahan dengan mengamalkan petua ini dapatlah kita kelihatan lebih muda.hehehe....
    Kalau tak  nampak muda banyak,
    muda sikit pun 
    kira okeylah kannnn!

    sumber: di sini

    4 sudi komen N3 Cikgu Tie:

    Rashid said...

    dan dan .. Banyakkan senyuman .. hehe ..

    Faaein Himura said...

    kena amalkan ni.. hehehe..

    Acik Erna said...

    cikgu tie..terima kasih..mak cik ni memang teringin nak awet muda..bulan tak sedar diri dah tua..cuma seperti kata cik gu..nak kelihatan muda je kan..

    Cikgu Nurin said...

    OOOOOOOOO...pasalla Cikgu Tie nampak mude he he he...*betul ni*...

    Oh ye...saya tag cikgu yea...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Popular Posts

    Sila klik dan layan sebentar!

    Sahabat Online 3

    Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

    Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
    Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

    Bacaan Ayat-ayat suci