Layan Sebentar

Followers

Friday, April 29, 2011

Resepi Nasi Tomato


As salam pembaca blog Cikgu Tie!

Anak-anak sibuk minta Cikgu Tie masakkan Nasi Tomato untuk mereka. Sebenarnya Cikgu Tie tak berapa pandai masak Nasi Tomato. Demi anak-anak Cikgu Tie buatkan jugaklah. Puas cari resepi dalam internet. Alhamdulillah.....sedap Nasi Tomato yang Cikgu Tie buat kali nie. Jom cuba resepi nie....mesti tak menyesal punya.

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
1 tin kecil susu cair
100 gm pes tomato
30 gm halia (hiris)
50 gm bawang merah (hiris)
30 gm bawang putih (hiris)
Sedikit rempah empat sekawan
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula2 korang panaskan minyak sapi.
2. Tumiskan bahan hiris, daun pandan, rempah empat sekawan dan pes tomato hingga naik bau.
3. Masukkan air dan susu cair dan biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan garam dan beras. Tanak seperti biasa.
5. Setelah masak hiaskan dengan kismis.

p/s: Resepi nie Cikgu tie ambil daripada blogger Ciktom.
Selamat mencuba!

4 sudi komen N3 Cikgu Tie:

ILA HonEyBuNNy said...

salam ziarah cikgu Tie...

nanti ila nak cubala resepi neh...

duduk rumah bosan lak,lebih baik mencuba resepi lak..hehe...

**cikgu,ok ja kalau nak copy entry ila tu...;_)

fairus said...

cambest je.. :)

sal said...

cuti2 hujung minggu begini memang sedap makan nasi tomato..
nampak sangat berselera..
mekasih berkongsi resepi..

Unknown said...

sy baru lepas merungut lapar.. pastu bace plak entry ni.. lg la tak tahan lapar.. uhh.. sedapnye nasi tomato..

(menangis):P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci