Layan Sebentar

Followers

Thursday, July 14, 2011

Malu Biar Bertempat

As salam pembaca blog Cikgu Tie!
Sebenarnya sifat malu perlu ada pada setiap individu kerana sifat malu dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara keji yang dimurkai Allah.Namun begitu....malu biarlah bertempat kerana jika malu di tempat yang salah akan menjadi negatif pulak kesannya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: “Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”(al-Bukhari)
Huraian:
Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.
Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. 

P/S: Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.

8 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Bila cahaya wajah berkurang,
mak berkurang pula rasa malunya..

Tidak ada keindahan pada wajah,
Bila cahayanya berkurang..

Rasa malumu peliharalah selalu,
Malu kepada Yang Maha Pencipta
Amat tinggi nilainya kerana merasa diri BerTuhan..

kasihredha said...

setuju... :)

Acik Erna said...

Assalam cik gu tie..nasib baik la kita masih punya sifat malu lagi..masih menebal..cuma kena la pada tempatnya kan..

Prince Halilintar said...

insyaallah, akan pelihara sifat malu yg bertempat..=)

fairus said...

SAYA NI NAMPAK JE ROCK.. TAPI PEMALU ORANGNYA.. :p

sal said...

sifat malu memang penting ada dlm diri kita..sifat malu melindungi kita drp melakukan sesuatu yg boleh membawa kepada kemudaratan..

moga sifat malu terus menebal ,asalkan ia membawa kepada sesuatu yg positif dlm membentuk kepeibadian muslimah...

iem said...

malu sebahagian daripada iman,,
tapi sekrang benda yang xsepatutnya malu die malu..
ishh

ahmad humairi said...

Malu sebahagian daripada iman..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci