Layan Sebentar

Followers

Wednesday, September 28, 2011

Janji Syaitan....


Sesungguhnya tidak ada kebaikan yang diperoleh daripada janji syaitan yang membawa kesesatan dan keburukan. Bagaimana janji syaitan dapat membawa kepada kebaikan, sedangkan syaitan itu sendiri sudah sesat dan dijanjikan pembalasan pedih di akhirat nanti. 
Allah berfirman yang bermaksud: “Syaitan itu memberi janji dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain tipu daya belaka.” (Surah an-Nisa, ayat 120) 

Antara tipu daya syaitan paling berkesan ialah usia. Syaitan berjaya mempengaruhi kebanyakan orang muda untuk melakukan perbuatan ditegah. Faktor usia dan kecetekan pengalaman hidup menjadikan golongan muda mudah terpengaruh hasutan syaitan. 

Syaitan mempengaruhi golongan muda melakukan perkara menyeronokkan berbentuk maksiat, melalaikan dan kebebasan menjadi ikutan golongan muda. Alasannya, usia muda hanya sekali dan rugi jika melepaskan peluang itu. 

Masa muda sepatutnya diisi dengan menuntut ilmu dan mempersiapkan diri menghadapi alam dewasa penuh cabaran. Masa depan negara dan ummah bergantung kepada golongan muda hari ini. Jika rosak golongan muda hari ini, maka hancurlah negara pada masa depan. 

Golongan muda perlu ditarbiah dan dibina jati diri supaya terhindar pengaruh syaitan. Ketika muda inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk menuntut ilmu, mempersiapkan diri dengan kemahiran dan membina kekuatan diri. 

Mereka yang terpengaruh ajakan syaitan hendaklah sedia bertaubat dan berusaha mengelak daripada terjebak hasutan dengan melakukan suruhan Allah. Malang bagi mereka yang terus lalai dan dilembutkan hatinya menurut ajakan syaitan. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sesat yang sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisa, ayat 60) 



P/S: Teguhkan iman dan pelajari ilmu agama dengan penuh penghayatan serta mengamalkan cara hidup berlandaskan islam.
*******


sumber--> Berita Harian(29.9.2011)

9 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Prince Halilintar said...

perkongsian yg bagus utk kita ingati bersama..

NM02 said...

jika cara hidup berlandaskan islam, insyaAllah...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum cikgu..

trime kasih atas entri ini dan mengingatkan kami semua

fairus said...

SO, JANGANLAH KITA IKUT KATA2 SYAITAN. TAKUT NANTI JADI SAHABAT KARIB DIA DI NERAKA KELAK..

Unknown said...

SALAM,
SYAITAN LAKNAT HANYA MAHU MUSNAHKAN KITA !

sal said...

terimakasih krn mengingat2kan

kasihredha said...

semoga kita dijauhi dari hasutan syaitan .

sal ya said...

suami selalu ckp, kita ni ketua syaitan cuma hantar prebet low class je. tu pun dah tercungap2 nak melawan. kalau sarjan ke... entah macam mana la keadaan kita kan?


salam... selamat berkenalan ye!!

Mak Su said...

cikgu yang dihormati, bila saya dah melepasi tahap usia 40 tahun [sekarang 42 tahun] saya ingat saya nak memberi pula kepada masyarakat,oleh itu saya beralih arah dari kerjaya PA kepada penulis / editor.

dan insyallah, buku olahan, penulisan saya - sesuai dibaca oleh kanak-kanak sekolah i.e anak-anak murid cikgu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci