1) Yakinlah Allah (SWT) sentiasa bersama anda setiap masa. Sekiranya usaha yang anda lakukan itu adalah pekerjaan yang halal dan tidak melanggar perintahNya, insya-Allah, Dia akan sentiasa bersama anda.
2) Mulakan langkah pertama walaupun anda mungkin tidak yakin atau tidak berani. Tolaklah perasaan was-was. Langkah pertama itu penting, kerana jika anda tidak memulakannya, bagaimana anda akan tahu tahap kemampuan anda?
3) Tolak pandangan negatif orang lain terhadap anda. Mungkin pandangan-pandangan seumpama itulah yang akan membuatkan anda memandang kecil kemampuan diri sendiri. Tonjolkan diri anda yang selama ini belum orang kenali. Anda berani, anda boleh dan anda mampu.
4) Jangan mudah putus asa. Anda mungkin akan menghadapi masalah dalam usaha yang anda jalankan, tetapi masalah itulah yang akan membantu anda.
P/S: Semoga tips ini dapat membantu kita, supaya lebih berkeyakinan diri dalam menghadapi setiap situasi yang bakal ditempuhi nanti.
5 sudi komen N3 Cikgu Tie:
Perasaan ragu2/was2 akan membuatkan kita selangkah atau lebih jauh tertinggal di belakang.
jadikan ini sbg batu loncatan utk lbh maju jaya...
YA.. YAKIN BOLEH...
alhamdulillah..terima kasih cikgu tie.. :)
tq cikgu Tie utk tips ni...
Post a Comment