Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.
Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.
Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.
Satu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan.
Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun
yang menurut mereka sebagai tidak sensitif.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.
Ahli parlimen Lembah Pantai yang juga naib presiden PKR, Nurul IzzahAnwar turut membidas penyiaran kartun itu yang disifatkannya sebagai tidak wajar dan tidak mewakili rakyat Malaysia yang begitu bersimpati dengan tragedi yang melanda rakyat Jepun.
P/S***Kadang-kadang tanpa sedar
kita telah mencetuskan kemarahan orang ramai
walaupun pada hakikatnya
kita tidak terniat seperti apa yang disangkakan.
Biasalah manusia ....
sememangnya tak pernah lepas
daripada melakukan kesilapan.
Semoga akan menjadi lebih prihatin di lain waktu!
sumber --- >di sini
6 sudi komen N3 Cikgu Tie:
setuju sgt prince dgn p/s cikgu tie tu..jadikan pengajaran ape yg dah berlaku ni..
Prince...
mudah-mudahan,insyaallah.....
Alahai cikgu apa nak dikatakan memang dah banyak kali kejadian berita tidak tepat. Usah yg jauh diluar negeri, kalau dlm negeri sendiri pun bayak yg tidak betul.:(
TU LAH CIKGU.. TAK TAU NAK KATA APE.. LAIN KALI, KENA BERFIKIR PANJANG SEBELUM MEMBUAT SESUATU..
kak zakie...
tak prihatin betul mereka yer!
Fairus....
betul tu Fairus,jangan bertindak tanpa berfikir tentang kesannya.Ini situasi sedih bukan boleh dibuatlawak.
Post a Comment