TELUR AYAM |
As salam pembaca blog Cikgu Tie!
Selepas digemparkan dengan berita telur tiruan, kerajaan
mengambil keputusan untuk mewajibkan semua pengeluar telur berdaftar dengan Jabatan Veterinar dan diberikan pensijilan untuk memastikan telur yang dihasilkan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata melalui sistem itu, telur yang dikeluarkan perlu dicop dengan label ladang, gred telur dan tarikh ia dikeluarkan bagi menambah keyakinan pengguna terhadap telur berkenaan.
Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh klik --> Di sini.
P/S*** Baguslah jika ada tindakan yang dibuat....bukan aper,jika tindakan tidak diambil....takut telur tiruan akan berleluasa di pasaran.Dengan sifat telur yang kelihatan seakan-akan sama akan menyebabkan kita sebagai pengguna akan terbeli telur ini.Takut juga Cikgu Tie kalau-kalau terhidang masakan telur tiruan kepada anak-anak Cikgu Tie yang sememangnya penggemar telur.
10 sudi komen N3 Cikgu Tie:
tulah dia..gomen dok kata
telur tu tak ada dlm pasaran kita..
boleh caye ke...
saje tak mau kalut kan org kita kot..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah bolehlah beli telur tanpa ragu-ragu lepas ni..:)
...semoga perkara sebegini ditangani dengan telus dan integriti oleh pihak yang berkewajipan.
slmt tak berleluasa lagi isu telur tiruan ni..kecian ayam org klonkan telur ayam2 betina tu..hehe
TAPI MEMANG DAH ADA TELUR TIRUAN DARI NEGARA CHINA.. HARAP TAK MEREBAK KE MALAYSIA..
macam2 lah depa ni....
beli telur yg dah siap packing 10 bijik - cam nutriplus @ seri murni lah...
mm... dah bleh start makan tanpa ragu2
Sesuatu isu kadangkala hangatnya hanya seketika, kemudiannya senyap sunyi bagai tiada apa2...
Salam cikgu...
saja singgah balas ke sini...
salam kak, lama tak singgah sini..akak sihat?
Post a Comment