Layan Sebentar

Followers

Friday, December 31, 2010

Resepi Mahligai Bahagia

As salam!

Sempena Menyambut tahun baru dan azam baru 2011 nie,Cikgu Tie nak berkongsi satu resepi dengan anda....
Janganlah malu-malu untuk mencuba resepi yang Cikgu Tie "share" nie yer!


RESEPI MAHLIGAI BAHAGIA

 Bahan-bahannya:

2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.

1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.

1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan4 cawan rasa tanggungjawab

3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)

2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.

2 cawan pati kemanusiaan

.2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.

1 cawan rasa kepuasan.

1 cawan budi bahasa.

1 cawan perasaan timbang rasa.

1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.

2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.

1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.

2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.

4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerjaberpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:

1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.

3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing².

Peringatan:
Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang.
Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama ditempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa.
Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda. 

Selamat mencuba !

0 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci