Kudupku tidak akan tunduk pada
hujan dinihari yang membelah
ketenangan
Kelopakku tidak akan layu
pada panahan
cemuhan sang mentari
Kerana aku adalah seperti kiambang
tidak akan tenggelam
di lautan cabaran segar
membenih zuriat suci mekar
menjadi warnasari yang menghiasi dunia
Dan itulah janjiku
selagi aku bernama wanita.
Nik Fara Liza
september 1996
P/S: Dah bertahun Cikgu Tie simpan sajak nie, sejak tahun 1997 lagi. Sahabat yang beri sajak nie pun sudah lama tak jumpa. Selepas berkahwin terus pergi mengikut suami tanpa mengirim khabar berita. Wahai sahabatku....walau di mana engkau berada, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu!