Hari nie Cikgu Tie ditag oleh Akak Nora untuk menyertai contest definisi cinta.
Cikgu Tie sebenarnya tak pandai sangat pasal cinta nie....(boleh caya ker?).hehehe....
Tahu ler cinta tu...cuma tak pandai nak ungkap.....tapi nak cuba juga lerrr.......
![]() |
kalau anda nak cuba boleh klik banner nie |
Jom baca definisi cinta Cikgu Tie!
CINTA ........
Cinta itu sebenarnya sesuatu yang sukar untuk dimengertikan dan payah untuk diungkapkan dengan kata-kata.Cinta bukanlah sesuatu yang boleh kita adakan atau boleh dipaksa tetapi cinta itu hadir dengan sendiri tanpa kita sedar dan tanpa perlu kita mencarinya.
Kita hanya akan sedar tentang kehadirannya ketika hati kita terasa berdebar-debar ketika bertemu dengannya(orang yang dicintai)dan terasa rindu yang amat seandainya sedetik tidak bertemu atau mendengar berita tentangnya.Rindu yang hadir itu merupa satu keinginan pada sebuah penemuan cinta.
Kita tidak perlukan seseorang yang sempurna untuk bercinta tetapi kita perlukan seseorang yang mampu membuat kita rasa sempurna bila bersama dengannya.Percayalah bahawa cinta mampu membuat kita memandangnya sebagai orang yang paling sempurna dalam hidup kita.Di hati kita akan hanya ada dia dan setiap apa yang kita lakukan semuanya kerana inginkan dia merasa bahagia sehingga kadang-kadang kita sanggup lupakan kebahagiaan kita demi untuknya.Di sinilah punca malangnya seseorang jika ditakdir memiliki cinta plastik yang sekadar ingin mengambil kesempatan.Semoga dijauhkan.......
Cinta sebenarnya terlalu banyak menuntut pengorbanan.Bukan semua cinta berakhir dengan kebahagian sebaliknya banyak juga cinta yang berakhir dengan tragedi yang memberi kesan yang amat dalam untuk meneruskan kehidupan sehingga ada yang serik lalu berkeputusan untuk terus membujang hingga ke akhir hayat.Bagi orang yang nipis imannya dan kurang sabarnya sanggup mengakhiri episod cinta dengan kematian.
Pada pendapat Cikgu Tie.....mencintai seseorang tidak semestinya untuk memilikinya.Dengan kata lain...mencintai seseorang bukanlah bererti memilikinya.Sesungguhnya bercinta itu tidak semestinya dapat bersatu.Segalanya bergantung kepada jodoh.Jika ditakdirkan bukan jodoh kita....relakanlah.Biarlah segalanya tersimpan begitu saja dan jangan sekali-kali meluahkannya.Ada baiknyanya cinta itu disimpan daripada melahirkan rasa cinta yang akan menggugat kebahagiaan banyak pihak.
P/S***Semoga Cinta Cikgu Tie bersama suami akan kekal dan kukuh
hingga ke hujung nyawa.
Ati Masrif
Cikgu Nurin
Prince Halilintar