Layan Sebentar

Followers

Showing posts with label Pertandingan Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan Bahasa. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Johan Peringkat Daerah

As salam pembaca blog Cikgu Tie!


Alhamdulillah....Sk Jalan Pegawai menang lagi dalam Pertandingan Bahasa Melayu Peringkat Daerah yang diadakan di Sk Kebun Pinang pada hari ini.SKJP berjaya membolot 2 piala iaitu: 


Johan Pidato Tahap 2
Johan Sajak Tahap 2


Dengan kejayaan tersebut, PKG Telok Kechai berjaya menjadi Johan keseluruhan acara. SKJP layak untuk mewakili daerah untuk ke Peringkat Negeri  yang akan diadakan di Pulau Langkawi pada 19.5.2011. Bersamalah kita berdoa semoga SKJP akan berjaya mewakili Negeri Kedah ke Peringkat Kebangsaan.Insyaallah.... 


P/S*** Tahniah kepada Akmal Bin Mohd Sobri (Johan Pidato Tahap 2) dan Nur Syamimi Bt Azrudin ( Johan Sajak Tahap 2). Kepada Anis Syamila Bt Nazri....Jangan berputus asa, kalah menang adat pertandingan, mungkin bukan rezeki awak. Bagaimanapun Cikgu berpuas hati dengan persembahan cerita awak tadi. Tahun depan kita cuba lagi. 

Monday, May 9, 2011

Semoga akan berjaya lagi.....

As salam pembaca blog Cikgu tie!


Hari ni Cikgu Tie bersama beberapa orang rakan telah pergi membawa murid yang terpilih ke Karnival Bahasa Melayu yang bertempat di Sk Mergong sebagai mewakili sekolah di dalam Pertandingan Bahasa Melayu. Untuk tahun ni 5 acara sahaja yang di anjurkan:


1. Bercerita tahap 1
2. Bercerita tahap 2
3. Pidato tahap 2
4. Sajak tahap 2
5. Syair tahap 1


Dalam banyak-banyak acara nie....Cikgu Tie hanya melatih murid bercerita tahap 2 sahaja. Acara yang selebihnya, rakan seperjuangan Cikgu Tie yang tolong latihkan. 
Alhamdulillah ......berkat kesabaran guru-guru BM sekolah Cikgu Tie bersertakan kerjasama yang erat daripada semua guru, daripada 5 acara yang disertai itu, kami berjaya membawa pulang 3 piala.


Johan bercerita tahap 2
Johan sajak tahap 2
Naib johan pidato tahap 2.


Dengan kemenangan itu, secara automatik kami dipertanggung jawabkan untuk mewakili acara bercerita tahap 2 dan pidato tahap 2 pada 11.5.2011 (Rabu) yang bertempat di Sk Kebun Pinang. Seandainya kami berjaya lagi.....kami akan mewakili daerah untuk pergi bertanding ke PERINGKAT NEGERI. 


Cikgu Tie yakin dengan semangat yang ada pada guru yang melatih dan semangat yang ada pada murid yang terlibat......Sekolah kami akan terus muncul sebagai juara. Insyaallah mudah-mudahan kami berjaya. 


P/S**** Sebagai Ketua Panitia BM di sekolah kami.....Cikgu Tie doakan semoga anda berjaya dan berharap agar kerjasama yang ditunjukkan ini akan terus berkekalan sampai bila-bila terutamanya kepada S/U Cikgu Tie yang banyak membantu dan tak pernah jemu untuk bersama Cikgu Tie dalam merealisasikan setiap aktiviti dan perancangan yang telah dibuat.  

Naib Johan Pidato Tahap 2  


Johan Bercerita Tahap 2

Johan sajak tahap 2


Gambar kenangan bersama pemenang

Monday, December 27, 2010

Kecemerlangan Pendidikan Asas Pembangunan Negara





Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) Ayleen O Hanlon (Nur), Australia.


Tajuk : Kecemerlangan Pendidikan Asas Pembangunan Negara (Kategori Antarabangsa)


Salam!


Cikgu Tie sebenarnya tak la pandai berpidato....tapi Cikgu Tie minat sangat mendengar dan melihat orang berpidato.


Cemburu pulak lihat orang asing pandai berpidato.Kita rakyat Malaysia dan orang melayu pun tak pandai nak berpidato macam Cik Ayleen ni.(Cikgu Tie kata pada diri sendiri)


Kalau nak ajar anak murid pidato...insyaallah Cikgu Tie boleh....asal jangan suruh Cikgu Tie berpidato sudah lerr!


Walau bagaimana pun.....Cikgu Tie ucapkan tahniah kepada Ayleen(Nur) kerana berjaya berpidato dengan baik.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci