Alangkah bahagianya hati ini seandainya aku dapat memeluk Syamil untuk ucapkan hari lahirnya seperti selalu aku lakukan dulu. Namun apalah dayaku….saat-saat aku berjauhan dengan Syamil telah tiba. Nak tak nak demi masa depannya terpaksalah aku korbankan perasaan sedih dan pedih ini. Aku tahu syamil juga begitu….aku nampak ketika dia menahan sebak untuk melepaskan aku pulang sewaktu meninggalnya di asrama baru-baru ini, biarpun dia cuba untuk menyembunyikannya.
“Jangan menoleh ke belakang lagi sayang….teruskan perjuanganmu. Bukan abang saja terpaksa tinggalkan keluarga…kawan-kawan seperjuangan abang juga begitu. Itulah kehidupan yang sebenar untuk abang menjadi orang berguna di masa depan. Ibu akan selalu mendoakan kejayaan abang. Percayalah….Ibu menghantar abang ke asrama bukan kerana ibu tak sayang abang seperti mana yang abang tanya ibu sehari sebelum abang pergi. Sabarlah sayang….mungkin masa dan waktu yang dapat mengubati rasa rindu ini kerana lama-kelamaan abang biasa dengan kehidupan di sana tanpa ibu dan ibu harap ibu juga begitu.”
P/S: Selamat hari lahir Syamil….Ibu akan selalu mendoakan kejayaan abang di dunia dan di akhirat. Ketika ini abang sedang berada di lombong ilmu juga di kalangan orang-orang yang berilmu…ambilah peluang ini untuk mengaut ilmu itu sebanyak yang mungkin. Pandai-pandailah menjaga diri dan selalulah ingat pesanan ibu dan abah agar jangan melengahkan sembahyang dan sentiasa bijak dalam membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
![]() |
| Pintu pagar sekolah Syamil |
![]() |
| Wajah sedih semasa perjalanan hari pertama ke asrama |
![]() |
| Senyumnya nampak macam dibuat-buat ajerkan! |
![]() |
| Sempat lagi dia posing belakang kereta yer... |
![]() |
| Depan pagar asrama Syamil |




