Layan Sebentar

Followers

Tuesday, November 29, 2011

HARI LAHIR SITI BALQIS!

Selamat Hari Lahir!
Sedar tak sedar dah 8 tahun usia Siti Balqis. Biarpun usianya kian meningkat tapi manja kebudak-budakannya masih belum hilang hingga ke hari ini. 

Seperti biasa...Siti Balqis akan bangun awal setiap kali tiba hari lahirnya. Sebelum ahli keluarga menghampirinya, terlebih dulu dia akan datang menghampiri kami sekeluarga bersama senyuman sambil bertanya" ingat dak hari ni hari apa?" Keriangan terpancar di wajahnya setelah menerima ucapan daripada semua ahli keluarga terutama ibu dan abah.

Untuk tahun ni Siti Balqis tak nak dibelikan kek untuknya.......hairan kannnn! Tak nak dibelikan kek.... tapi buat permintaan kepada ibunya untuk buatkan kek coklat lembab kesukaannya. "Kek coklat ibu sedap!" katanya.
Bila dah kena ayat macam tu....sibuk ke tidak, larat ke tidak dan nak ke tak nak dah tak menjadi soal lagi. Terus jawab ya ajew.....Sebelah malamnya ajak pergi makan Pizza la pulak..... 

P/S: Demi kasih sayangku dan tanda syukurku dengan kehadiranmu dalam hidupku, akan ku penuhi permintaanmu. Sebagai seorang ibu....percayalah, tiada nilai harta yang dapat menandingi kasih sayang terhadap permata hati ibu. Ibu sayang Balqis dan ibu sayangkan semua permata hati ibu.
Selamat Hari lahir Ibu ucapkan buat Balqis....semoga Balqis akan membesar menjadi anak solehah.

15 sudi komen N3 Cikgu Tie:

fairus said...

CIKGU.. BERITAHU SITI BALQIS, PAKCIK FAIRUS PENULIS BLOG FAIRUS.COM UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR. ;)

Kakcik Seroja said...

Selamat hari ulangtahun kelahiran Balqis. Semoga terus mekar mewangi bagai kuntum yang suci dan berkilau bagai permata yang tak tercela. :)

Afida Anuar said...

selamat ulang tahun hari lahir siti balqis...moga2 dikau membesar menjadi anak yang solehah, insyaAllah....

PS: comel siti balqis ni, ikut muka mak dia;)

Abdul Gani bin Ibrahim said...

Selamat Hari Lahir..Balqis

cun09 said...

salam sahabat ^_^

selamat hari lahir utk siti balqis, semoga diberkati dan dirahmati oleh ALLAH sepanjang hidup ini...

**achik nk tumpang mkn kek, boleh??**

Queenie said...

comeynya Balqis..dah besar nanti mesti rupawan...

hepi belated b'day sayang..

'kek coklat ibu sedap'
- pujian dan permintaan tulus seorg anak....

sal said...

selamat hari jadi buat siti balqis..moga panjang umur dan murah rezki..

Kasih sayang ibu, pengorbanan ibu terhadap anak2nya sungguh tinggi..ITUlah harta kita yg tak dpt dijual beli..

che mid said...

Selamat hari lahir buat Balqis.. t kasih cikgu Tie sudi folo che mid..semoga kita terus bersilaturrahim..

Anonymous said...

selamat hari lahir balqis...moga dilindungi Allah selalu..rajin2 blaja ok...

Anaasuria said...

Selamat hari lahir siti balqis... :)

ummiross said...

Happy birthday siti Balqis...semoga menjadi anak solehah

Pn Kartini said...

Happy belated birthday !!!

Moga Balqis membesar menjadi anak yg baik & solehah!;)

L said...

hepi befday siti balqis.. semoga menjadi anak yg solehah.. amin hehe

jom baca kejap=0
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

CintaZulaikha said...

comeynya balqis..sweet

semoga balqis panjang umur dan murah rezeki..

RHI said...

selamat hari lahir Siti Balqis
biasalah anak2 selalu nak bermanja, samalah dengan anak akak yg bongsu ni...dan sebagai seorang ibu, kita ikut juga kehendak anak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci