Layan Sebentar

Followers

Showing posts with label Aku tulis bila aku suka. Show all posts
Showing posts with label Aku tulis bila aku suka. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Sitisya Butik Online kini dibuka.....

As salam!
Lama sangat dah Cikgu Tie tak update blog....rindu rasa pada rakan-rakan di alam maya.
Terasa kehilangannya..........

Tak tahulah samada sudah lupa atau masih ingat lagi tentang pernahnya wujud Cikgu Tie di alam maya ini.huhuhu.......

Lama dah duk lihat orang buka butik.....teringin sangat, tapi tak pernah dan dengan masa. Alamatnya...pejamkan mata dulu dan tanamkan harapan di dada.

Alhamdulillah...Tahun nie akhirnya berjaya juga. Butik barulah katakan....banyak yang belum dimuatkan.

Tercari-cari slogan yang sesuai untuk Butik....

P/S***Kalau rasa ada slogan yang sesuai untuk Sitisya Butik....Tolong nyatakan diruang komen. Insyaallah, 
akan ada habuan untuk anda
 jika slogan anda di dapati sesuai
 untuk Sitisya Butik.

Sila Like & Post Slogan ---> Sitisya Butik Online Facebook Page!
Jom ke Blog Sitisya Butik Online!

Friday, April 27, 2012

Memang Cantik pun....

As salam pembaca blog Cikgu tie......


Cantik kereta ni....memang cantik sangat. Tak mampu nak milikinya boleh pandang pun jadilah kannn!
Kebetulan tak lambat lagi kawan baik Cikgu tie akan pakai kereta ni, bolehlah tengok hari-hari. hehehe....
Jomlah kita baca tentang kereta ni....Cikgu tie baca sekadar ambil tahu ajew, tak mampu arrr nak beli.hehehe.......


4809031358 8bd4d2e104 (Review) Kereta Honda Civic 1.8 S L di Malaysia
Honda Malaysia telahpun memperkenalkan variasi terbaru kepada untuk generasi ke-8 Honda Civicnya iaitu kereta Honda Civic 1.8S-L, yang berharga RM 119,980 di atas jalan termasuk insurans, meletakkan harganya di antara 1.8S yang berharga RM 114,980 dan 2.0S yang berharga RM 130,980. Ini adalah kejutan daripada Honda kerana sebelum ini mereka juga telah memperkenalkan Honda Accord 2.0 VTi-L tahun lepas.
4808396681 2d3e54d4fc (Review) Kereta Honda Civic 1.8 S L di Malaysia
Untuk tambahan harga RM 5000 ke atas 1.8S, 1.8S-L yang baru dilengkapi dengan :

  1. cermin sisi LED dan kemasan krom pembuka pintu
  2. kerusi yang dibalut dengan kulit
  3. kawalan pemanduan
  4. stereng pemandu yang dilengkapi dengan kawalan audio dan kemasan metalik di sekeliling panel meter untuk kemasa dalaman.
Walaubagaimanapun, 2.0S kekal sebagai satu-satunya variasi kereta Honda Civic yang mendapat kemasan rim aloi 17 inci, beg udara sisi dan juga dengan enjin yang lebas besar.
4809017564 ab33e4858a (Review) Kereta Honda Civic 1.8 S L di Malaysia
Dengan jumlah unit terjual sebanyak 37,000 sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006, ini membuatkan mereka dapat memastikan kedudukannya sebagai kereta pilihan no.1 dalam kelasnya untuk 4 tahun berturut-turut. Honda Malaysia juga menjangkakan variasi sedannya ini akan menyumbangkan sebanyak 20% perolehan jualan daripada jumlah jualan keretanya tahun ini.
Dianggarkan sebanyak 750 buah unit  kereta Honda Civic akan dijual setiap bulan, dengan mengjangkakan jualan 1.8S-L akan mewakili 30 peratus daripada angka tersebut.
4808396571 307fe25ace (Review) Kereta Honda Civic 1.8 S L di Malaysia
P/S*** Cikgu tie turut teruja 100%....tapi apalah daya, kereta Wish pun belum habis bayar lagi. huhuhu.......
Sumber++> di sini

Friday, March 30, 2012

Rezeki Yang Tak Terduga......

As salam pembaca blog Cikgu Tie!


Karnival Kokurikulum Akedemik Bahasa Melayu Peringkat PKG Telok Kechai telah diadakan baru-baru ini bertempat di SK Mergong. Lima acara telah dipertandingkan iaitu acara Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2, Pidato Tahap 2, Sajak Tahap 2 dan Syair Tahap 1. Sekolah Cikgu Tie (SKJP) telah menyertai ke semua acara tersebut.


Seperti biasa, Cikgu Tie hanya melatih murid Bercerita Tahap 2 sahaja. Acara yang selebihnya, rakan seperjuangan Cikgu Tie yang tolong latihkan.

Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami......berkat kesabaran guru-guru BM sekolah Cikgu Tie bersertakan kerjasama yang erat daripada semua guru, daripada 5 acara yang disertai itu, SKJP berjaya membolot tempat pertama bagi empat acara daripada lima yang dipertandingkan iaitu:


Johan Bercerita 1
Johan Bercerita Tahap 2
Johan Pidato Tahap 2
Johan Syair Tahap 1


Inilah kali pertama SKJP menjadi JOHAN untuk empat acara sekaligus.Secara tak langsung SKJP menjadi Juara Keseluruhan Peringkat PKG Telok Kechai untuk 2 tahun berturut-turut. Dengan kejayaan ini ....SKJP akan mewakili PKG Telok Kechai untuk bertanding di Peringkat Daerah nanti.


P/S***Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga akan berjaya juga di Peringkat Daerah nanti.

Tuesday, December 6, 2011

Berbunga juga akhirnya.....

Alhamdulillah. Pokok Delima Putih pemberian ibu saudara Cikgu Tie pada hujung tahun yang lalu sudah mula berbunga. Sebenarnya inilah pertama kali tanam Pokok Delima Putih  dan Cikgu Tie teruja sangat dengan bunganya yang berwarna putih tu. Biasanya bunga delima yang selalu di lihat adalah berwarna merah, maklumlah sebelum ni hanya ada Pokok Delima Merah ajer kat rumah.huhuhu..... 








P/S: Harap-harap bunganya akan menghasilkan buah dan tidak gugur begitu saja. Bukan apa...tak sabar nak lihat buahnya pulak.hehehe.... ada orang bagi petua, kalau nak bagi lekat buah lebat kena gantung kasut di batangnya. Aduh...perlukah aku amalkan??????!!!!!!

Tuesday, August 23, 2011

Pertama kali buat kuih raya sendiri

As salam pembaca blog Cikgu Tie!


Macam tak percaya ajer raya tahun nie tak beli kuih raya. Kerana anak-anak terlalu teruja untuk menolong ibu membuat kuih.....akhirnya berjaya memujuk ibu untuk membuat kuih raya sendiri tahun nie. Sebelum nie ketupat dan rendang ajer yang cikgu tie buat sendiri, kuih raya semuanya dibeli. Bukan tak pandai buat....tapi kurang berminat kerana banyak masa yang diperlukan untuk membuat berbanding dengan membeli. Jika membeli.....hanya tunjuk ja, berbagai jenis ada.hehehe.....


Semalam baru mula buat kuih samprit. Anak-anak punyalah sibuk berebut nak bantu hingga terpaksa cikgu tie gunakan sistem gilliran. Agaknya sementara nak jemu.....


Rupa-rupanya seronok bila dapat peluang menikmati suasana buat kuih bersama dengan anak-anak. Baru siap sejenis....cadang tu nak buat 6 jenis ajer. Harap-harap malam nanti dapat buat lagi sejenis. 


P/S: Suasana ini mungkin hanya dapat dirasai sementara anak-anak bersama kita. Bila masing-masing dah dewasa mungkin peluang ini sudah tiada lagi kerana mereka akan membawa haluan sendiri untuk memenuhi tuntutan hidup dan tanggungjawab tersendiri.huhuhu.....

Sunday, May 15, 2011

Sajak Guru Oh Guru

TubeHome.com Video from everywhere!


Berguru ke Padang Datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Ia pemberi paling setia
ia ibu,ia bapa juga sahabat


Jika hari ini
Seorang Perdana Menteri berkuasa
jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
seorang presiden sebuah negara
jika hari ini
seorang ulamak yang mulia
jika hari ini
seorang peguam menang bicara
jika hari ini
seorang penulis terkemuka
sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca
di mana-mana dia berdiri di muka dunia
di sebuah restoran mewah di ibu kota
di bandar tua diulu kota
dia adalah guru mewakili seribu buku
semakin terpencil hidupnya diceruk desa
semakin mengerti tugasnya terhadap negara
jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu guruku
budi yang di apungkan disulami ilmu
panggilan keramat cikgu kekal terpahat
menjadi pegangan ke akhir hayat
terima kasih cikgu
selamat hari guru

P/S**** Sajak ini sangat bermakna pada diri Cikgu Tie kerana ia mengingatkan  Cikgu Tie kepada guru-guru yang pernah mengajar Cikgu Tie di suatu ketika dulu.
 Selamat Hari Guru! 


Tuesday, May 3, 2011

Kali Pertama Dapat Makan Siput Shell.....

As salam pembaca blog Cikgu Tie!



Sebelum ni Cikgu Tie dengar cerita rakan seperjuangan makan Siput Shell yang dibeli di Pasar Besar Alor Setar.
Bila dah dengar tu,teringin la pulak.hehehe....siap pesan kalau dia jumpa lagi tolong beli kat Cikgu Tie sama.
Selama nie Cikgu Tie kenal Siput Shell nie melalui lambang yang ada kat Stesen Minyak Shell ajer.

Punya la lama duk tunggu akhirnya terserempak sendiri dengan Siput Shell ni.Tu pun tinggal sikit saja lagi.
Kerana ingin mencuba Cikgu Tie pun belilah 2 kg dengan harga RM6.00 sekilo.Sebenarnya di sini memang susah nak dapat siput nie.Seumur hidup Cikgu Tie,nie lah kali pertama melihatnya.Mungkin mudah untuk mendapatnya di tempat anda????

Balik rumah tunjuk pada anak-anak.....
Wah sambutan luar biasa,mungkin kerana mereka tidak pernah lihat sehingga masing-masing teruja dengan siput nie.Duk kerumun siput tu punya la lama.Cikgu tie sengaja biar mereka kerumun lihat siput tu.

Nak prosesnya lambat ler sikit.....lepas proses,kulitnya dipesan oleh anak-anak supaya menyimpannya.Sebenarnya Cikgu Tie pun sayang nak buang kulitnya sebab cantik sangat.hehehe....

Isinya dibuat Masak Lemak Cili Api ......sedappppp!

Isi Siput Shell

P/S***Menurut kata penjual, Siput Shell juga sedap jika   dibuat masak rendang kunyit.


Sunday, February 27, 2011

N3 UNTUK SAHABAT BLOGGER CIKGU TIE

Assalamualaikum!


N3 nie Cikgu Tie Buat Khas untuk sahabat alam maya yang Cikgu Tie rasa agak rapat dan selalu datang komen blog Cikgu Tie.


Terima kasih diucapkan di atas kesudian anda menjadi sahabat alam maya Cikgu Tie.


ATI MASRIF  blogger yang selalu datang bertanya khabar dan komen N3 blog Cikgu Tie.Ati juga telah ajar Cikgu Tie cara untuk tinggal link N3 di ruangan komen.Ilmu nie berguna sangat utk kite.   


PRINCE HALILINTAR  blogger yang selalu datang komen blog Cikgu Tie.Terima kasih prince....nanti datang komen lagi tau!


FAIRUS blogger yang selalu datang tolong bagi makan ikan ajaib yang tak pernah kenyang Cikgu Tie.Top 10 blog Cikgu Tie lagi nie ha.Jom tengok kalau tak caya.Komen pun dia rajin jugak.


KASIHREDHA   selalu datang komen setiap N3 terbaru Cikgu Tie.Terima kasih yer!


CIKGU NURIN  blogger yang selalu datang komen dan merupakan blogger pertama berani tanya tentang nombor 4848 di ruang komen.
ramah blogger nie.hehehe....


ABDUL RAZAK blogger yang selalu jugak datang komen dan Cikgu Tie rasa nak belajar bila pergi ke blognya .Nak tahu kenapa jom p.Banyak ilmu boleh kita belajar.


AZRUL AZMI  blogger yang Cikgu Tie pernah terpanggil nama bapa dia...maaf yer Azrul Cikgu Tie betul-betul tak perasan.


CIKBIB blogger yang selalu menyertai setiap contest yang Cikgu Tie tag dekat dia.Blogger yang sudi menyertai blog list Cikgu Tie.Terima kasih Cik Bib yer!


P/S***Kepada blogger lain yang datang komen di N3 Cikgu Tie tapi tidak disenaraikan di sini,jangan kecil hati yer....nanti giliran anda pulak.

Tuesday, February 22, 2011

NAK TAHU DAK RAHSIA DI SEBALIK BULAN KELAHIRAN ANDA??!!!



Assalamualaikum!


N3 nie Cikgu Tie buat untuk berkongsi rahsia di sebalik bulan kelahiran kita.
Rahsia Kelahiran Di Bulan Oktober yang disertakan di atas merupakan bulan kelahiran Cikgu Tie.
hehehe.......boleh percaya ke ni???Sekadar nak suka-suka ajer la kan!


Seandainya anda pun ingin suka-suka tahu rahsia di sebalik kelahiran anda....... 
Jom Klik ---->>>Di Sini


P/S***Dinasihatkan agar jangan terlalu percaya seratus peratus.

Monday, February 21, 2011

Ayu sungguh kelihatan apabila Datuk Siti Nurhaliza memakai tudung secara normal yer!

Assalamualaikum!


Gambar ni diambil semasa Datuk Siti Nurhaliza datang ke Majlis Perasmian Masjid Al-Khalidiah yang telah dibiayai bersama dengan suaminya Datuk K di Sungai Petani baru-baru ini.


Lihatlah betapa cantik dan ayunya dia!
Teruja betul Cikgu Tie melihat keayuannya.
Tidakkah anda rasa sebagai mana yang Cikgu Tie rasa?

Datuk Siti Nurhaliza

Keayuannya kelihatan sungguh terserlah.

kecantikannya kelihatan menonjol walau di mana dia berada.

Masjid Al-khalidiah

Friday, January 28, 2011

DI ATAS DASAR APA ANDA KATA WANITA CANTIK????



Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupa.


Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaian.


Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.


Iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya.


Di manakah kedudukan anda dalam menilai kecantikan seorang wanita??????


***Cikgu Tie kata wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Siapa setuju dengan Cikgu Tie?Kalau tak setuju nyatakan
kedudukan anda dalam menilai kecantikan wanita!
Tak sabar nak tahu dah ni.......***

Tuesday, January 25, 2011

SAKSIKAN LE TOUR DE LANGKAWI DI TEMPAT CIKGU TIE




Suka Cikgu Tie lihat gelagat murid sekolah Cikgu Tie semasa menyaksikan Le Tour de Langkawi ketika melalui Pers. Sul. Abd. Hamid, A.Setar pada hari 24.1.2011(Isnin) baru-baru ini.Bukan main suka lagi mereka bila dapat pengumuman boleh keluar kawasan sekolah untuk menyaksikan Le Tour De Langkawi yang akan melalui jalan yang berhampiran dengan sekolah.


****Jangan kata murid...Cikgu Tie pun suka.hehehe...****

Sunday, January 23, 2011

KEINGINAN DAN HARAPAN



Assalamualaikum!

Cuba anda bayangkan seandainya kehidupan kita tidak mempunyai sebarang keinginan dan harapan!!!!????
Tentu kehidupan kita akan terasa kosong,hampa,kaku serta tiada bermakna kerana tiada sebarang keinginan dan tiada sebarang harapan untuk diperjuangkan.

 Jika ada manusia yang hidup tanpanya tentu kehidupannya terlalu hambar, penuh dengan kekecewaan, sunyi dari ketenangan apatah lagi kebahagiaan.Untuk bangkit dan sedar,untuk berubah dan bergerak modalnya ialah keinginan dan harapan.

Terus terang Cikgu Tie katakan......
Bahawa Cikgu Tie tak sanggup untuk hidup tanpa adanya keinginan dan harapan kerana bagi cikgu tie,Manusia yang tidak memiliki harapan tidak akan melakukan seuatu perubahan untuk dirinya apatah lagi untuk orang lain. Manusia tanpa kemahuan ialah manusia yang bertemu hari hari yang sama di dalam kehidupannya; tidak ada hari-hari yang baru melainkan hari-hari suram yang menjemukan. 

Cikgu Tie juga sangat suka berangan-angan untuk mendapatkan sesuatu kerana bermula dengan angan-anganlah kita akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan sesuatu yang kita angankan.


Wednesday, January 19, 2011

LELAKI MATA DUITAN....????BIAR BETUL NIE!!!




Selalunya perempuan yang selalu dikatakan sebagai mata duitan.Ini....punya la nak gelak bila Cikgu Tie dengar lelaki dipanggil mata duitan.(nasib baik tak sampai guling-guling)


Tak percaya......?????
Cuba lihat betul-betul gambar orang mengutip duit syiling tu....lelaki bukan!!!????
Hehehe.....nanti marah pulak kaum lelaki kat Cikgu Tie bila terbaca N3 nie.
Jangan marah yer....gurau ajer!


Anda sekadar nak tolong ajerkan......
Prihatin betul yer!


******kalau Cikgu Tie ada kat situ boleh tolong  kutip sama kann!Tak ler nampak lelaki ajer .Hingga di anggap mata duitan pulak tuuu....*******

Monday, January 17, 2011

Tak Ingin Aku Bersembunyi Lagi......

Cikgu Tie

As salam.....

Ramai sangat yang asyik bertanya Cikgu Tie... 
Kenapa Cikgu Tie sembunyikan diri disebalik Bunga Mawar????

Oleh karana tak mahu menjawab soalan dengan jawapan yang biarlah menjadi rahsia,di hati Cikgu Tie.......

Hari ini....dengan rasa rendah diri serta penuh kerelaan dan keikhlasan di hati.....
Cikgu Tie keluar dengan membawa sebuah senyuman sebagai tanda.....
Salam Persahabatan dan Salam Perkenalan 
buat pembaca juga rakan-rakan blog yang sudah bersama Cikgu Tie di dalam dunia blog ini yang sudah
 berusia selama 2 bulan 4 hari..

Terima kasih kerana sudi menjadi Followers Cikgu Tie. Mungkin blog Cikgu Tie tidak sehebat blog anda dan biarlah blog Cikgu Tie tidak popular......asalkan Cikgu Tie rasa bahagia dan ikhlas dengan adanya dan seadanya.

Memiliki sebuah blog ini dirasakan seperti memiliki sebidang tanah yang perlu diusahakan dan setiap usaha perlu disertai dengan kesabaran untuk mendatangkan hasil dan hasil usaha sendiri itulah yang mampu memberi seribu kepuasan yang sukar untuk digambarkan tak kiralah apa pun hasilnya.....

Tujuan dan niat sebenar kita untuk mempunyai blog itu yang penting.Selagi ada hati untuk berkongsi ilmu,selagi ada hati yang ikhlas untuk berjuang.....Insyaallah,

Pada pendapat Cikgu Tie dunia blog adalah dunia yang mampu memberikan kita bernafas di alam barunya yang  tersendiri dan sukar untuk kita tafsirkan di sini.

Sesungguhnya hanya mereka yang miliki blog saja yang akan faham apa itu dunia blog.

Tuesday, January 4, 2011

Murid Tahun Satu Lari Ikut Tingkap.

As salam!


Sampai hari ni Cikgu Tie masih terbayang-bayang bagaimana parahnya murid tahun satu yang lari ikut tingkap kerana tak nak bersekolah.


Dengan kuatnya dia menangis dan menjerit agar ibunya tidak meninggalkannya di sekolah.Namun tangisan itu tidak dapat melembutkan hati kering ibunya yang tetap pergi meninggalkannya.





Setelah ibunya sudah tidak kelihatan lagi.....murid tahun satu itu terus lari meninggalkan kelas dan memusing bangunan sekolah apabila dikejar oleh guru kelas.Letih betul jadi guru kelas murid macam ni.....


Tiba-tiba murid tersebut jatuh ke dalam longkang.Aduhhh,banyaknya darah!Cikgu Tie terus bangun tidur apabila mendapati segalanya hanyalah satu mimpi ngeri yang datang bertandang di saat-saat awal sesi persekolahan.


Entahlah kenapa yerr!
Cikgu Tie bukanlah cikgu tahun satu.....tiba-tiba mimpi murid tahun satu pulakkkkk.Kalau mimpi best tak pa  la juga kann.....


Secara logiknya,mana nak cari sekolah yang bertingkap kayu macam zaman Cikgu Tie sekolah dulu.Tak tahu lah kalau masih ada kat tempat anda.Kalau ada bagi tau Cikgu Tie.....teringin sangat nak p melawat sekolah tu....hehehe.....


Mungkin jugak Cikgu Tie teringatkan kenangan zaman mula masuk sekolah dulu.Ada sorang  kawan sekelas Cikgu Tie yang terjun tingkap  kerana tak nak sekolah masa darjah satu dulu.Bestnya jika di kenang zaman mula masuk sekolah dulu kannn!Anda pun tentu ada....berak dalam seluar tu selalu la dengar.kekeke....Jenuh cikgu nak basuhkan.

Pada pendapat Cikgu Tie bukan calang-calang orang lerrr......nak jadi cikgu tahun satu ni.Kalau tak sabar betul baik tak yah jadi.(Kalau Cikgu Tie...sebelum jadi cepat-cepat tarik diri).


Cikgu Tie pun ada gak kenangan lucu yang jadi kat Cikgu Tie masa tahun satu dulu....Kalau cerita kat sini mesti pakat-pakat gelak kat Cikgu Tie......Tak nak ler Cikgu Tie cerita(biarlah rahsia).


Kenangan itu adakalanya mampu membuat kita ketawa sendirian....adakalanya membuat kita sedih bila terkenang.Terpulanglah kepada anda samaada mahu menyimpan atau membuang kenangan itu kerana kenangan tetap menjadi kenangan yang payah untuk kita lupakan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci