Layan Sebentar

Followers

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Tidak cukup tidur bahayakan nyawa

48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar

LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan. 

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar. 

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio. 

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang. 

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain. 
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular. 

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi 



P/S: Cikgu Tie selalu sangat tidur lewat untuk siapkan kerja-kerja sekolah ( saja nak habaq kerja cikgu bukan mudah, walau pun pulang awal tapi bersama kerja yang perlu disiapkan di rumah. tak macam kerja pejabat....habis masa pejabat habislah kerja) huhuhu.....Setelah baca artikel ni, rasanya dah insaf  kot. Lepas ni....tak nak tidur lewat lagi. Mampukah Cikgu Tie nak siapkan kerja lebih awal nie???? Macam tak mampu ajer rasanya......... 

sumber: B. Harian (9.10.2011)

Sunday, September 25, 2011

Tiru aksi seks cabul sepupu....


HULU SELANGOR – Seorang remaja berusia 13 tahun tidak dapat menahan perasaan untuk meniru aksi adegan ranjang lalu bertindak luar batasan dengan mencabul kemaluan sepupunya, berusia empat tahun.

Dia mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu ketika bermain bersama mangsa, kira-kira jam 12 tengah hari, di rumah kanak-kanak itu.

Menurut sumber, remaja lelaki itu bertindak demikian akibat terpengaruh dan mahu meniru aksi berasmara yang dilihatnya.

“Suspek dikatakan menyuruh kanak-kanak itu membuka pakaian lalu melakukan aksi tidak senonoh itu.

“Ibu mangsa kemudian syak sesuatu yang tidak kena, kerana anaknya menangis sambil mengadu sakit di bahagian kemaluan,” katanya.

:Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.



P/S: Budak-budak zaman sekarang dengan mudah dapat melihat aksi adegan ranjang, berbeza dengan budak-budak zaman dulu. Pendedahan yang terlalu awal inilah yang akan merosakkan minda mereka jika tidak dikawal. Masaalahnya....bagaimana kita nak mengawalnya lagi kerana kemudahan mereka menikmati hidangan aksi adegan tersebut ada di mana-mana saja lebih-lebih lagi dalam internet. Fikir-fikirkanlah....
Cikgu Tie simpati sangat pada sepupunya yang berumur 4 tahun itu.


sumber: di sini

Monday, May 16, 2011

‘Janin’ dalam botol minuman


As salam pembaca blog Cikgu Tie!


KANGAR - Seorang peniaga dari Felda Mata Ayer dekat sini loya selepas mendapati dua botol air minuman ringan yang dijual di kedainya mempunyai bendasing yang menyerupai janin. Masyaallah......macam mana perkara begini boleh berlaku yer!  


Rodali Ismail, 50, berkata, dia menyedari kewujudan bendasing dalam salah satu botol itu selepas seorang pelanggan meletakkan minuman itu di atas kaunter ketika mahu membuat pembayaran.

Menurutnya, menyedari kewujudan bendasing itu, dia kemudiannya menggantikan botol minuman terbabit dengan yang baru sebelum dijual kepada pelanggan.

“Saya kemudiannya membawa botol itu ke tempat yang lebih terang dan bercahaya bagi membolehkan objek di dalamnya dilihat dengan lebih jelas.

“Apabila diperhati, saya terkejut apabila mendapati dua botol itu mempunyai ketulan-ketulan yang menyerupai janin. Padahal tarikh luput kedua-duanya adalah pada bulan Julai dan September tahun ini,” katanya, semalam.

Rodali berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku membabitkan air minuman sejak lebih 10 tahun berniaga.

Katanya, dia sudah berbincang dengan pihak pemborong dan pembekal yang bertanggungjawab menghantar barang ke kedainya dan mereka menawarkan sebanyak 240 botol air minuman yang sama untuk menggantikan dua botol yang rosak itu.

Bagaimanapun katanya, dia tidak bersetuju dengan cadangan pemborong itu sebaliknya memilih untuk memanjangkan perkara berkenaan kepada Jabatan Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

“Saya akan bawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi demi memberi kesedaran kepada pembeli dan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli air minuman dan makanan.

“Ia juga bertujuan memberi amaran kepada pengeluar minuman ini supaya lebih mengambil berat soal kebersihan dan keselamatan dan jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata,” katanya.



P/S: ***Cikgu Tie setuju sangat dengan tindakan tuan punya kedai itu. 
Dengan menerima tawaran 240 botol minuman yang sama untuk 
menggantikan dua botol yang rosak itu tidak memadai 
jika di bandingkan dengan berjuta-juta pengguna
 yang akan teraniaya kelak.  

Sumber: Di sini  

Monday, April 11, 2011

Pengeluar telur akan diwajibkan berdaftar, dapatkan pensijilan

TELUR AYAM

As salam pembaca blog Cikgu Tie!
Selepas digemparkan dengan berita telur tiruan, kerajaan 
mengambil keputusan untuk mewajibkan semua pengeluar telur berdaftar dengan Jabatan Veterinar dan diberikan pensijilan untuk memastikan telur yang dihasilkan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata melalui sistem itu, telur yang dikeluarkan perlu dicop dengan label ladang, gred telur dan tarikh ia dikeluarkan bagi menambah keyakinan pengguna terhadap telur berkenaan.
Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh klik --> Di sini.

P/S*** Baguslah jika ada tindakan yang dibuat....bukan aper,jika tindakan tidak diambil....takut  telur tiruan akan berleluasa di pasaran.Dengan sifat telur yang kelihatan seakan-akan sama akan menyebabkan kita sebagai pengguna akan terbeli telur ini.Takut juga Cikgu Tie kalau-kalau terhidang masakan telur tiruan kepada anak-anak Cikgu Tie yang sememangnya penggemar  telur.

Wednesday, March 16, 2011

CCTV berjaya mengesan taktik kotor amah(pembantu rumah)

As Salam pembaca blog Cikgu Tie!


Selalu kita dengar dan terbaca cerita tentang majikan mendera amah dan amah mendera anak......tapi hari nie Cikgu Tie terbaca dalam akhbar Berita Harian tentang amah menggunakan taktik kotor mendakwa majikan mencabul dan menyeksa mereka semata-mata kerana ingin pulang segera ke negara asal sebelum tamat kontrak.Ada yang sanggup menoreh tangan sendiri lalu menuduh majikan yang lakukan.


Difahamkan, taktik itu sering digunakan terhadap majikan yang tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman atau premis perniagaan mereka, sekali gus menyukarkan mereka membuktikan dakwaan dilemparkan pembantu rumah masing-masing.


Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, juga mendedahkan ada pembantu rumah warga asing mencampurkan air kencing dalam sup dihidangkan kepada majikan kerana tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan pulang ke negara asal mereka sebelum tempoh kontrak berakhir.


Aduh,ini sudah lebih!Naik takut Cikgu Tie dibuatnya.Terfikir seandainya perkara tak baik dilakukan pada anak-anak.Nak pasang CCTV pun bagai dikatalah kann!Mahal bangatt (tak tahulah kalau ada yang murah) tak mampu lerr.huhuhu.....Semoga ianya tidak berlaku kepada kita.Mudah-mudahan.


P/S***Nasihat Cikgu Tie kepada anda yang punya bibik termasuklah diri Cikgu tie sendiri supaya.....
berhati-hatilah dengan bibik anda.
Selalulah memantau untuk memastikan anak-anak  kita tidak menjadi mangsa.
Semoga bibik Cikgu Tie akan terus berkhidmat dengan penuh kejujuran.



Monday, March 14, 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

As Salam pembaca blog Cikgu Tie!

Jom baca berita di bawah!
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," 

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik di sini

P/S****Demi keselamatan dan langkah berjaga-jaga,nasihat Cikgu Tie....
hindarkanlah diri daripada membeli botol susu ini 
kepada anak-anak anda,Jika anda sudah terbeli,
silalah tukar dengan segera.

Sunday, March 13, 2011

Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan

Assalamualaikum!


Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

berita harian ultraman cartoon japan earthquakeKartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi 
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.

NONESatu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan.

Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun 
yang menurut mereka sebagai tidak sensitif.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.


Ahli parlimen Lembah Pantai yang juga naib presiden PKR, Nurul IzzahAnwar turut membidas penyiaran kartun itu yang disifatkannya sebagai tidak wajar dan tidak mewakili rakyat Malaysia yang begitu bersimpati dengan tragedi yang melanda rakyat Jepun.

P/S***Kadang-kadang tanpa sedar 
kita telah mencetuskan kemarahan orang ramai 
walaupun pada hakikatnya 
kita tidak terniat seperti apa yang disangkakan.
Biasalah manusia ....
sememangnya tak pernah lepas 
daripada  melakukan kesilapan.
Semoga akan menjadi lebih prihatin di lain waktu!

sumber --- >di sini

Thursday, March 3, 2011

Mayat bayi dalam komuter

Gambar Bayi Dibuang Dalam Plastik

Assalamualaikum !


Mungkin kerana takut malu seorang ibu ( tak tahu samada layakkah dipanggil ibu.Layak ker?)yang melahirkan anak luar nikah sanggup membungkus anak dalam plastik hitam untuk di tinggalkan di tempat duduk gerabak hadapan komuter  yang berhenti di stesen PELABUHAN KLANG.


Rasanya semakin kerap kes buang bayi ini kedengaran.
Mengapa yer....?


Sedih sangat kerana anak yang tak bersalah terpaksa menjadi mangsa.
Tiadakah  lagi sifat kasih sayang dan perasaan  keibuan  yang wujud di dalam diri ketika malahirkannya?


Ke mana  hilangnya?


P/S*** Semoga dijauhkannya daripada keluarga,saudara,kenalan atau sahabat serta rakan sekeliling kita.


Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik di sini

Tuesday, March 1, 2011

Jadual Kerja Anjal Untuk Guru


Untuk Maklumat Lanjut Klik Di sini

Assalamualaikum!

Cikgu Tie malas nak kata apa hari ni.
Cikgu Tie masih dibelenggu dengan berita dalam akhbar Berita Harian kemarin.


Pada pandangan anda wajarkah j
adual kerja anjal dilaksanakan di sekolah?
Adakah benar  jadual kerja anjal ini dapat mengelakkan beban tugas guru?

Mampukah murid untuk belajar sampai ke petang?

Mungkin cara kita berfikir masing-masing tidak sama yer!


P/S***Harapan Cikgu Tie semoga tiada guru atau murid yang tertidur dalam kelas apabila jadual ini dilaksanakan.Hebat sungguh budak-budak sekolah sekarang yer....tak kenal erti jemu.Sanggup berada di sekolah dari pagi sampai ke petang.Dah tak ada dah zaman kanak-kanak bermain aci ligan,aci sembunyi,jengkek,masak-masak dan sebagainya macam zaman Cikgu Tie dulu-dulu.

Rindunya zaman kanak-kanak Cikgu Tie!huhuhu.....
Zaman dah berubah.

Apa yang menjadi persoalannya......
Betul ker murid kite tak jemu?


Saturday, February 26, 2011

Ada kereta terbakar lagi!

Kereta Terbakar
Assalamualaikum !
Hari ni terbaca berita kereta terbakar dalam Sinar Harian.Selalu sangat la pulak kereta terbakar......
Baru-baru nie berdekatan dengan sekolah Cikgu Tie
pun ada kereta terbakar jugak. 
Kenapa yer???
Kerana kereta ke?
Kerana minyak yang digunakan ke?
Kerana kelalaian orang yang bawa kereta ke?
atau...........????? 
Nampak gaya kereta tu macam kereta Toyota Wish  ajer!


P/S***Cikgu Tie jadi takut pulak nak bawa kereta.huhuhu....
Anda jangan jadi macam Cikgu Tie,mudah sangat fobia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci