Layan Sebentar

Followers

Showing posts with label Di luar dugaan.. Show all posts
Showing posts with label Di luar dugaan.. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Pertama kali rumah diceroboh masuk....

Suatu malam yang syahdu, tiba-tiba terdengar bunyi benda jatuh dengan kuat di ruang tamu. Kedengaran seperti barang diselongkar di dalam rumah. Kelihatan bayang-batang bergerak di celah-celah ruang pintu bilik.


Sah, ada orang ceroboh masuk ke dalam rumah! Tanpa berani keluar bilik untuk berdepan, terus telefon polis. Selepas beberapa minit, polis pun datang bersama pasukan penyelamat untuk membantu. Pantas....memang pantas. Diarahkan untuk membuka pintu rumah. Aduh....dengan nekad berani mati terus berlari menuju ke pintu.


Polis menyerbu masuk untuk mencari penceroboh yang begitu berani menceroboh rumah orang. Hampa....begitu ramai polis pun tak dapat menangkap penceroboh itu. Ke mana perginya??? Langsung tak kelihatan. Cekap, memang cekap!

Tiba-tiba, terdengar bunyi orang terjun dari atas. Kali ni dah tak boleh lari lagi dah. Dipukulnya tanpa rasa belas kasihan lagi. Mati???? Aduhai, nasib baik.....rupanya hanya MUSANG yang sangat besar. 


Berbaloikah untuk sekeluarga yang menderita ketakutan selama beberapa jam, terutama anak-anak yang sehingga kini masih fobia dengan kejadian itu? Begitu juga dengan anggota polis yang siap mengatur strategi dengan menyerbu rumah untuk menangkap penceroboh yang rupa-rupanya semata-mata hanya seekor MUSANG.  Bukan MUSANG BERJANGGUT yer!


MUSANG oh MUSANG.....Semuanya hanyalah keranamu  MUSANG!





P/S: Cikgu Tie hanya takutkan MUSANG berjanggut ajer!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci