Sah, ada orang ceroboh masuk ke dalam rumah! Tanpa berani keluar bilik untuk berdepan, terus telefon polis. Selepas beberapa minit, polis pun datang bersama pasukan penyelamat untuk membantu. Pantas....memang pantas. Diarahkan untuk membuka pintu rumah. Aduh....dengan nekad berani mati terus berlari menuju ke pintu.
Polis menyerbu masuk untuk mencari penceroboh yang begitu berani menceroboh rumah orang. Hampa....begitu ramai polis pun tak dapat menangkap penceroboh itu. Ke mana perginya??? Langsung tak kelihatan. Cekap, memang cekap!
Tiba-tiba, terdengar bunyi orang terjun dari atas. Kali ni dah tak boleh lari lagi dah. Dipukulnya tanpa rasa belas kasihan lagi. Mati???? Aduhai, nasib baik.....rupanya hanya MUSANG yang sangat besar.
Berbaloikah untuk sekeluarga yang menderita ketakutan selama beberapa jam, terutama anak-anak yang sehingga kini masih fobia dengan kejadian itu? Begitu juga dengan anggota polis yang siap mengatur strategi dengan menyerbu rumah untuk menangkap penceroboh yang rupa-rupanya semata-mata hanya seekor MUSANG. Bukan MUSANG BERJANGGUT yer!
MUSANG oh MUSANG.....Semuanya hanyalah keranamu MUSANG!
P/S: Cikgu Tie hanya takutkan MUSANG berjanggut ajer!
18 sudi komen N3 Cikgu Tie:
ni benar2 berlaku pada cikgu ke?
penceroboh tu musang la yer?
Assalamualaikum cikgu...
Bahaya juga tu, agaknya musang tu masuk ikut mana erk?
Kejadian sebenar di rumah Cikgu Tie kah itu?
@fairusSebenarnya kejadian ni berlaku pada salah seorang adik ipar cikgu tie.
@whitecappuccinoMemang sah musang....
@Abd RazakTuan rumah pun tak pasti masuk ikut mana.
@kakcikTak, rumah adik ipar cikgu tie.
Kalau masuk surat khabar mesti glamer musang tuh.. :)
TERINGAT DULU, RUMAH MAK SAYA KAT KAMPUNG MASUK MUSANG JUGAK.. SUSAH TU NAK HALAU...DIA BOLEH SERGAH KITA PLAK.. TUNGGANG LANGGANG RUMAH DIBUATNYA...
@abgredshahaha...kalau setakat musang ajer yang glamer tak pe...takut tuan rumah pun kena tumpang glamer.
@fairusBetul tu...adik ipar cikgu tie pun kata macam tu. Habis barang bertaburan.
suspen je baca...
pastu tergelak sorang2
ahahaha...adoii..bahaya jugak tu ada musang masuk rumah..ish ish ish..musang kalo zaman dulu kala, siap culik anak orang tauuuuu...okeh, itu kisah dongeng barat ye.
salam ...
musang moden niii ^__^
@kasihredhaCikgu Tie pun gelak guling-guling masa mula dengar adik ipar cerita baru-baru ini.hehehe..
@Sunah Sakurakalau culik anak dara orang....MUSANG BERJANGGUTLAH tuuu!
@cun09hahaha...
Post a Comment